? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 15, 2009

20.09.2009


20.09.2009 adalah hari raya (insy-Allah) untuk thn ni. Byk hari lg nk sampai tarikh tu... Tp hari ni stdnt dah ramai yg xde. Ramai dah blk kg. Kalu dalam kelas pun byk nk citer pasal kuih raya, baju raya n juadah raya. xde dah nk hafal formula2 nih. Tetiba je rasa puasa hari ni cam letih sgt...sampai nk buka modul n nak blajar dah x larat. Xde mood..... Alasan! Hati dah kat kampung. Ada tu sebelum kelas lg dah dtg salam peluk cium, mohon maaf sbb nk blk beraya dah. X smpt nk msk kelas dah. Habis la family, mak pak sedara, kwn2 jd alasan. Kononnya dah on the way nk amik dorg blk. Kena blk cepat sbb x berkemas lg. Yg menjemput tu x keja ke? dah bercuti ker dorang seme. Kan baru hari selasa ari nih... Tp ye la...nk marah pun wat pe.Dah mmg gitu tiap kali nak raya. Alasan tiket bas dah abis biasa sgt dah... Tp bagi siap2 assignment. Biar bakar lemang sambil buat maths. hehehe
Masa duk menaip post ni, dapat la 1 kad raya (thanks saparina coz jd penghantar jap td). Dari sahabatku nun jauh di Muadzam. Tima kasih Mafuzah n family.. Tetiba je syahdu bila dpt kad tu.. Dah lama x dapat kad rasanya. Ni merupakan kad ke dua yg diterima thn ni. Yg pertama dr sykt JG motor. Tiap thn dapat kad dr kedai tuh.
Pada seluruh kaum kerabatku, sahabat, teman n kawan jauh n dekat, rapat atau sebaliknya...SELAMAT HARI RAYA , MAAF  ZAHIR BATIN..
**Sempena raya ni sy x bercadang nak wat pape biskut pun.. hehehe.

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Sempena tarikh 09.09.09 (Rabu), sy nk berpost baru la. Sebenarnya dah lama sgt x buat post. Xde citer menarik mentelah lg xde idea yg sesuai utk dikongsi bersama. Tp sempena tarikh yg cantik ni sy nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua rakan taulan sahabat handai di mana jua berada, juga selamat menyambut syawal yg bakal tiba. Maaf Zahir & Batin...

Juga selamat menjalani UPSR kepada anak sedara, Mohd Syamil. Dengan ucapan moga dapat menjawab dengan baik dan selamat segalanya.

Hari ni juga merupakan Hari Radio. Negara Malaysia merupakan negara ketiga menyambutnya selepas Rusia dan Belanda. So selamat mendengar radio la pada semua.

Akhir kata SELAMAT SEGALANYA.... Ntah pape post ni..

Thursday, May 28, 2009

Sukan

Sukan Muhibbah KSP

Rabu, 27 Mei 2009 telah berlangsung satu program sukan muhibbah anjuran pensyarah2 UPM, SR dan OM. Program yg telah dijalankan selama setengah hari ini meliputi permainan futsal lelaki dan wanita, bola jaring, ikat kaki berduet, musical chair dan bawa bola ping pong dalam sudu.
Para penonton yang membanjiri stadium KSP pagi tu. Eh sape yg ke 2 dari kiri tu. X penah tgk pun. Masa ni pertandingan futsal lelaki sedang berlangsung.



Penyokong wanita yang berada di dalam dan di luar gelanggang. Dee seperti biasa akan membuat aksi2 dia (tu yg duk panjat pagar tu....)

Pemenang tempat ke-3 sedang bergambar. Kumpulan UPM...

Dee (Hadisah) sedang membuat aksi lompat kijang semasa perlawanan futsal wanita.

Dee menunjukkan skill terhebatnya di saksikan jurulatih futsal bagi kumpulan SR. Hafiz aka Panjang. Hafiz....nape dengan ko skali nk masuk gelanggang ni! Eh lupa...dia pengadil laaa... Din Lab merupakan pengadil utama futsal sedunia ari tu.

Pilu dan sedih seorang jurulatih bila pasukan yang dibimbingnya selama ni kecundang di kaki pemain amatur.

Musical chair... K. Z wakil hebat OM ari tu. Tp K.Z telah bagi peluang pada org lain utk meneruskan permainan di separuh akhir..

Siwok beralah dengan sopan dan tertib kepada adik2 dalam permainan musical chair.

Pendaratan yang tersasar dari landasan. Tp nampakkn dia tetap ceria dan penuh bergaya mendarat biarpun tak berjaya. Bagus! Cuba lagi semester depan.

Bola jaring wanita yang dijalankan dalam cuaca terlebih cahaya. Pinau mata nk tengok jaring weh... OM menang bergaya dan mewah jaringan ari tuh. Secara tak langsung menjadikan Dayah dinobatkan pemain terbaik secara keseluruhan dan Dee pemain paling glamour sebab nama dia paling banyak disebut2 oleh pengulas sukan dan peminat2 di luar gelanggang.

Senyuman menawan penuh kegembiraan dan keriangan di wajah koordinator OM (Mc Zu)
bila diumumkan juara keseluruhan. Hadiah disampaikan oleh Ketua Program UPM dan diiringi Koordinator UPM, Siwok. Siwok tolong iring, kot2 hadiah tempat pertama tak mampu di bawa Mc Zu. Tempat ke-2 dimenangi oleh SR.

Akhir kata....Seperti biasa di akhir majlis, sesi menghabiskan bateri yang berbaki akan dijalankan. Bergambar beramai2...tp ni sebahagian je yang tinggal.Hari tu aku tak masuk banyak permainan. Cuma satu je. Permainan paling merbahaya hari tu. Bawak bola ping pong dalam sudu. Dapat la tempat ke-2.Bleh la kot tlg2 tambah point utk jadi juara kan...hehehe...Tp xde plak gambar permainan tu! Selebihnya jadi pom2 girl dan tukang gelak je tepi gelanggang.

Sejurus tamat bersukaneka, kami bergotong royong mengisi surat dalam sampul surat plak. Ni la gambarnya.Khas utk tatapan Abg Rem, Ust Madi n d' geng. hehehe...Nape la gmbr aku xde lg ni.....

Nurina Adriana Asri

Dah besar Adriana. Dah 3 bulan lebih dah. Adriana lebih tembam dari abangnya masa umur sama dulu.Mudah ketawa dan tersenyum kalau diagah.



Adriana dengan abangnya Adib Luqman. Abang Adib ni kalau bergambar memang suka sangat. Macam-macam aksi.

Tuesday, April 28, 2009

HaPpY BiRtHdAy...(29 April ...)


Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu.... Ni lagu ditujukan khas buat sahabat baik sy yg menyambut ulangthn kelahiran dia yg ke 30 lbh ari ni... Moga segala doa dan impian dia akan jd kenyataan...

Beberapa hari sebelum sabtu lepas, saya mendapat sms dari kawan baik sy ni. Katanya "sy ada tgk satu sofa yg sgt berkenan dimata n dihati sy...Indahnya hidup ni kalu sempena bday akn dtg ni sy dihadiahkn set sofa tu..x mahal sgt, lepas offer baru RM1280 je. X mahal kan? kan? kan?... Tentunya beberapa hari pastu lagu 'sofa yg ku bekenan' akan sy dgr melalui sms2 dia... Mana la sy mampu nk hadiahkan hadiah semahal tu walaupun persahabatan kami ni mahal tak terkira...

Pada hari sabtu yg lepas, akibat frust pasal satu perkara dan selepas usaha2 dibuat utk menjayakannya tp tetap x berjaya, maka kami telah berusaha "menghabiskan" peruntukan utk perkara itu ke perkara2 lain. Puas hati! Alang2 x dapat, kami pegi jalan2 dan makan2 sampai penat dan kenyang. Hehehe...Byk tmpt di lawati, byk duit dihabisi...

Tp pelik gak, masa gi buat lawatan rasmi kat Eng Lai takde pulak dia tunjuk sofa yg dia suka tu. Tertanya2 dan tertunggu2 dihati kecil ni bila dia nk tunjuk sofa idaman kalbu dia tu. Rasanya dia jenis tak sabar nk menunjuk kalau ada yg menarik.Tp nape "pertunjukkan hebat tu" tak kunjung berlaku pun...Hingga la kami melangkah keluar Eng Lai sy x tau mana satu sofa idaman dia. Eh! ke saya yg x perasan dia buat pertunjukkan tu....

Ya ampunnnnnn........ Hampir terlupa sy...Memang dia dah hmpr terlupa dan melupakan set sofa idaman kalbu dia tu... Apa taknya hmpr 2 jam sebelum tu, dia dah jatuh cinta lagi dgn set kayu jati...Punya la lama dia tenung, renung dan menung dalam2 dan lama2 depan set kerusi tuh!. Siap duduk bangun dan duduk kembali. Berposing gitu...Baring je tak sempat sbb ada budak kat situ duk tgk dia...

Maka beberapa hari ni sy akan dengar lagu baru dari dia "kayu jati ku....bila kau kan hadir di cc ku..." pulak. Seperti biasa... Tak mahal sgt kan, RM3200 jer...Murah kan? kan? kan? Dari harga asal... Maka usaha2 ke arah mendapatkannya akan bermula lg... Sy sedih dan mintak maaf ya, sy x mampu hadiahkan kwn sy ni brg yg menjadi idaman dan kesukaan dia. Yang sy mampu bg hadiah hanyalah berjumlah rega kerusi kayu jati tu bahagi 100, darab 8, tolak 216, tambah RM9.80... Waaaa.... Tp yg penting keikhlasan dari hati yg paling dalam kn...kan? kan?kan?.hehehe.. .Selamat Hari Lahir!

Friday, April 24, 2009

Perasmian Rupanya....

Majlis Pelancaran Blog Jabatan Agama Islam Pahang

Pagi tadi (24 April 09- Jumaat) tgh2 mkn, mc zu dapat call dari Ust Madi suh cari dalam 10 orang pergi kolej Komuniti dalam pukul 11. Katanya ada mjls.Kiranya tlg meramaikan peserta la ni..

Tanpa tau ujung pangkal kami pun ber7 org berduyun-duyun ke komuniti utk memeriahkan suasana kononnya.Dalam tercari2 dimana Ust Madi, tetiba dia mai dengan senyum simpul. Bila tanya tersengeh2 je...Dengan terpinga2 kami mencari mana lg orgnya, Ust Madi menjemput kami masuk ke makmal komputer komuniti. Loh! dah ada org tgh belajar buat blog. Pengajar dia lak staf KSP-Nasril. Dengan catwalk ala2 kitten gitu,kami mencari tmpt masing2....Dalam tercari2 tempat tu(ceh! mcm besar sgt tmpt tu), kami terlihat n saja2 toleh lg gerangan sorg ni. Mcm ku penah tgk, tp di mana ya... Lorrr...Ust Badlishah rupenya.... X bape nk nmpk keustazan dia bila tak pakai songkok, slalu2 tgk lengkap bersongkok gitu..

Memandangkan kami dah lalui sesi membuat blog terlebih awal (kelas dgn Denan dulu), maka kami diminta wat keja masing2 la. Apa lg duk check blog sendiri je la...Dayah sempat gak wat post ttg citer ni.hehehe...Tp kagum gak la kat Hidayati, dia smpt blajar n wat blog dikesempatan terhad tuh!. Fast learner budak tu....Mc zu lak sempat lg jd pembantu Nasril tlg2 mana2 yg patut...

Tak lama pastu, perasmi mjls pun sampai. Ust Badlishah merangkap pengacara mjls memulakan majlis pd ari tu. Selepas beberapa ucapan disampaikan, dengan segala hormatnya majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Ghazali Bin Abd Aziz (AMP), Timb Pengarah Jabatan agama IslamPahang. Baru la tau rupanya majlis JAIP merasmikan blognya. Jd JAIP pun mengadakan kursus utk stafnya membuat blog... Pas perasmian, maka kami pun berarak mendung kelabu ke dewan mkn plak. Dengan nasi beriani berhias oren sunkist dan lauk pauk enak, kami menjamu slera(mkn sket jer sbb dah ngadap nasi kat kafe kolej sblm tu)...Tp takleh bsantai lelama sgt sebab anis dah tunggu kat keta nk ajak gi ECM plak. Dah tu sape yg salah buatkn aku dan mc zu sgt sibuk ari tu.....hehehe..

***Makluman kepada semua - gmbr mc zu di cc Timb Pengarah JAIP telah msk paper Sinar bbrp ari pastu.Aku tmpg bangga ke kwn aku tu wpun aku x tgk gmbr tu. Hrp2 betul, bkn sesaja membestkn citer tu...hehehe

Sunday, April 5, 2009

FaMilY DaY OM 114

Rainbow Beach-OM114 (28/03/09)

Pada petang Sabtu, dengan cuaca redup tp berbahang, tepat pukul 2.30 ptg bermulanya mjls hari keluarga OM114 dgn bersaksikan deruan ombak di tepi pantai De' Rhu Beach Resort Balok. Mjls yg bertujuan utk mengeratkan siratulrahim antara pelajar dan juga pensyarah serta staff, di samping meraikan para pelajar senior yg akan tamat pengajian.

Mjls bermula dengan sukaneka. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut semester. Antara permainannya adalah tarik upih pinang (wpun bkn upih sebnr), pecah belon, bawak rim tayar, baling bola dalam relung, baling belon berair dan sebagainya. Kami staf juga main beberapa permainan tetapi mengikut kesukaan hati. Agak2 permainan tu senang, baru kami main.Tp lebih kepada gelak ketawa tepi padang, tengok org lain bermain je...








Tiap kali abis satu2 permainan, mesti x lepas bergambar budak2 ni. Kitaorg ni tumpang memeriahkan suasana jer..hehehe




Letih bergelak gembira tepi padang tgk org lain main. Smbl2 tu pilih permainan kalau2 ada yg menarik baru kami join...Tgk muka dah merah sbb gelak sakan.




Habis permainan, kami minum petang di tepi padang itu juga. Dengan angin sepoi2 bahasa di bawah redup pohon rhu, kami menjamu selera dengan sanwich tuna, popia (sedap sggh popia ptg tu), air oren, kopi dan teh. Selepas hampir 2 jam di padang. Pelajar boleh menghabiskan masa dengan aktiviti sendiri. Kebanyakan mereka mandi di kolam. Kat atas tu antara gmbr yg sempat di ambil. Ada antara mereka yg membuat persiapan utk persembahan pada mlm nanti. Malah ada yg berjalan2 ambil angin di tepian pantai....



Pada sebelah malam, selepas maghrib, kami semua berkumpul di dewan di tepi pantai utk majlis makan malam. Dengan menu nasi beriani dan nasi putih dan disertai kuih muih serta buah2an, kami menjamu selera.Tambahan pula, VIP adalah Mc Zue sorg, maka tanpa segan silu dapat la menikmati segala menu dengan sepenuh hati seperti berada di dapur sendiri la... Sesi makan2 diiringi bersama dengan persembahan pelajar di setiap semester dan pengagihan cabutan bertuah. Seperti biasa, saya tak pernah bertuah utk dpt cabutan bertuah.... Mjls tamat menjelang pukul 11 malam.
Terima kasih kepada semua yg terlibat menjayakan program ini. Moga kita dapat meneruskan program yg berbentuk santai dan relax ini lg ( sekali sekala terkeluar dari kebiasaan yg dibuat di hotel) di lain masa.