? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 28, 2009

HaPpY BiRtHdAy...(29 April ...)


Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu.... Ni lagu ditujukan khas buat sahabat baik sy yg menyambut ulangthn kelahiran dia yg ke 30 lbh ari ni... Moga segala doa dan impian dia akan jd kenyataan...

Beberapa hari sebelum sabtu lepas, saya mendapat sms dari kawan baik sy ni. Katanya "sy ada tgk satu sofa yg sgt berkenan dimata n dihati sy...Indahnya hidup ni kalu sempena bday akn dtg ni sy dihadiahkn set sofa tu..x mahal sgt, lepas offer baru RM1280 je. X mahal kan? kan? kan?... Tentunya beberapa hari pastu lagu 'sofa yg ku bekenan' akan sy dgr melalui sms2 dia... Mana la sy mampu nk hadiahkan hadiah semahal tu walaupun persahabatan kami ni mahal tak terkira...

Pada hari sabtu yg lepas, akibat frust pasal satu perkara dan selepas usaha2 dibuat utk menjayakannya tp tetap x berjaya, maka kami telah berusaha "menghabiskan" peruntukan utk perkara itu ke perkara2 lain. Puas hati! Alang2 x dapat, kami pegi jalan2 dan makan2 sampai penat dan kenyang. Hehehe...Byk tmpt di lawati, byk duit dihabisi...

Tp pelik gak, masa gi buat lawatan rasmi kat Eng Lai takde pulak dia tunjuk sofa yg dia suka tu. Tertanya2 dan tertunggu2 dihati kecil ni bila dia nk tunjuk sofa idaman kalbu dia tu. Rasanya dia jenis tak sabar nk menunjuk kalau ada yg menarik.Tp nape "pertunjukkan hebat tu" tak kunjung berlaku pun...Hingga la kami melangkah keluar Eng Lai sy x tau mana satu sofa idaman dia. Eh! ke saya yg x perasan dia buat pertunjukkan tu....

Ya ampunnnnnn........ Hampir terlupa sy...Memang dia dah hmpr terlupa dan melupakan set sofa idaman kalbu dia tu... Apa taknya hmpr 2 jam sebelum tu, dia dah jatuh cinta lagi dgn set kayu jati...Punya la lama dia tenung, renung dan menung dalam2 dan lama2 depan set kerusi tuh!. Siap duduk bangun dan duduk kembali. Berposing gitu...Baring je tak sempat sbb ada budak kat situ duk tgk dia...

Maka beberapa hari ni sy akan dengar lagu baru dari dia "kayu jati ku....bila kau kan hadir di cc ku..." pulak. Seperti biasa... Tak mahal sgt kan, RM3200 jer...Murah kan? kan? kan? Dari harga asal... Maka usaha2 ke arah mendapatkannya akan bermula lg... Sy sedih dan mintak maaf ya, sy x mampu hadiahkan kwn sy ni brg yg menjadi idaman dan kesukaan dia. Yang sy mampu bg hadiah hanyalah berjumlah rega kerusi kayu jati tu bahagi 100, darab 8, tolak 216, tambah RM9.80... Waaaa.... Tp yg penting keikhlasan dari hati yg paling dalam kn...kan? kan?kan?.hehehe.. .Selamat Hari Lahir!

Friday, April 24, 2009

Perasmian Rupanya....

Majlis Pelancaran Blog Jabatan Agama Islam Pahang

Pagi tadi (24 April 09- Jumaat) tgh2 mkn, mc zu dapat call dari Ust Madi suh cari dalam 10 orang pergi kolej Komuniti dalam pukul 11. Katanya ada mjls.Kiranya tlg meramaikan peserta la ni..

Tanpa tau ujung pangkal kami pun ber7 org berduyun-duyun ke komuniti utk memeriahkan suasana kononnya.Dalam tercari2 dimana Ust Madi, tetiba dia mai dengan senyum simpul. Bila tanya tersengeh2 je...Dengan terpinga2 kami mencari mana lg orgnya, Ust Madi menjemput kami masuk ke makmal komputer komuniti. Loh! dah ada org tgh belajar buat blog. Pengajar dia lak staf KSP-Nasril. Dengan catwalk ala2 kitten gitu,kami mencari tmpt masing2....Dalam tercari2 tempat tu(ceh! mcm besar sgt tmpt tu), kami terlihat n saja2 toleh lg gerangan sorg ni. Mcm ku penah tgk, tp di mana ya... Lorrr...Ust Badlishah rupenya.... X bape nk nmpk keustazan dia bila tak pakai songkok, slalu2 tgk lengkap bersongkok gitu..

Memandangkan kami dah lalui sesi membuat blog terlebih awal (kelas dgn Denan dulu), maka kami diminta wat keja masing2 la. Apa lg duk check blog sendiri je la...Dayah sempat gak wat post ttg citer ni.hehehe...Tp kagum gak la kat Hidayati, dia smpt blajar n wat blog dikesempatan terhad tuh!. Fast learner budak tu....Mc zu lak sempat lg jd pembantu Nasril tlg2 mana2 yg patut...

Tak lama pastu, perasmi mjls pun sampai. Ust Badlishah merangkap pengacara mjls memulakan majlis pd ari tu. Selepas beberapa ucapan disampaikan, dengan segala hormatnya majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Ghazali Bin Abd Aziz (AMP), Timb Pengarah Jabatan agama IslamPahang. Baru la tau rupanya majlis JAIP merasmikan blognya. Jd JAIP pun mengadakan kursus utk stafnya membuat blog... Pas perasmian, maka kami pun berarak mendung kelabu ke dewan mkn plak. Dengan nasi beriani berhias oren sunkist dan lauk pauk enak, kami menjamu slera(mkn sket jer sbb dah ngadap nasi kat kafe kolej sblm tu)...Tp takleh bsantai lelama sgt sebab anis dah tunggu kat keta nk ajak gi ECM plak. Dah tu sape yg salah buatkn aku dan mc zu sgt sibuk ari tu.....hehehe..

***Makluman kepada semua - gmbr mc zu di cc Timb Pengarah JAIP telah msk paper Sinar bbrp ari pastu.Aku tmpg bangga ke kwn aku tu wpun aku x tgk gmbr tu. Hrp2 betul, bkn sesaja membestkn citer tu...hehehe

Sunday, April 5, 2009

FaMilY DaY OM 114

Rainbow Beach-OM114 (28/03/09)

Pada petang Sabtu, dengan cuaca redup tp berbahang, tepat pukul 2.30 ptg bermulanya mjls hari keluarga OM114 dgn bersaksikan deruan ombak di tepi pantai De' Rhu Beach Resort Balok. Mjls yg bertujuan utk mengeratkan siratulrahim antara pelajar dan juga pensyarah serta staff, di samping meraikan para pelajar senior yg akan tamat pengajian.

Mjls bermula dengan sukaneka. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut semester. Antara permainannya adalah tarik upih pinang (wpun bkn upih sebnr), pecah belon, bawak rim tayar, baling bola dalam relung, baling belon berair dan sebagainya. Kami staf juga main beberapa permainan tetapi mengikut kesukaan hati. Agak2 permainan tu senang, baru kami main.Tp lebih kepada gelak ketawa tepi padang, tengok org lain bermain je...








Tiap kali abis satu2 permainan, mesti x lepas bergambar budak2 ni. Kitaorg ni tumpang memeriahkan suasana jer..hehehe




Letih bergelak gembira tepi padang tgk org lain main. Smbl2 tu pilih permainan kalau2 ada yg menarik baru kami join...Tgk muka dah merah sbb gelak sakan.




Habis permainan, kami minum petang di tepi padang itu juga. Dengan angin sepoi2 bahasa di bawah redup pohon rhu, kami menjamu selera dengan sanwich tuna, popia (sedap sggh popia ptg tu), air oren, kopi dan teh. Selepas hampir 2 jam di padang. Pelajar boleh menghabiskan masa dengan aktiviti sendiri. Kebanyakan mereka mandi di kolam. Kat atas tu antara gmbr yg sempat di ambil. Ada antara mereka yg membuat persiapan utk persembahan pada mlm nanti. Malah ada yg berjalan2 ambil angin di tepian pantai....



Pada sebelah malam, selepas maghrib, kami semua berkumpul di dewan di tepi pantai utk majlis makan malam. Dengan menu nasi beriani dan nasi putih dan disertai kuih muih serta buah2an, kami menjamu selera.Tambahan pula, VIP adalah Mc Zue sorg, maka tanpa segan silu dapat la menikmati segala menu dengan sepenuh hati seperti berada di dapur sendiri la... Sesi makan2 diiringi bersama dengan persembahan pelajar di setiap semester dan pengagihan cabutan bertuah. Seperti biasa, saya tak pernah bertuah utk dpt cabutan bertuah.... Mjls tamat menjelang pukul 11 malam.
Terima kasih kepada semua yg terlibat menjayakan program ini. Moga kita dapat meneruskan program yg berbentuk santai dan relax ini lg ( sekali sekala terkeluar dari kebiasaan yg dibuat di hotel) di lain masa.