? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 30, 2008

Lipi....

Kau Pergi Jua...

Persabatan Tanpa Sempadan..


Hari ni last day lipi kat KSP..Sedih jer rasa... Moga dia gembira berada disana dan mencapai apa yg diimpikan. Moga ditabahkan hati lipi meninggalkan ksp,moga ditabahkan hati kami yg ditinggalkan kat sini...

Aku tolong tgk2 mc kat sini utk mu yek lipi..Xpe mc x nakal sgt .hehehehe..Tp dah terserlah sedih dia tu....


Monday, July 28, 2008

Resepi Hari Ini (2)

Bergedil Simple

Bahan2
3 biji kentang sederhana besar
Isi ayam secukupnya
1 labu bawang besar sederhana besar
Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
Sedikit garam dan kunyit
Minyak utk menggoreng
1 biji telur
Sedikit daun sup

Cara2
Kentang dipotong dadu, digoreng/rebus hingga empuk.
Ayam digaram kunyitkan dan digoreng hingga garing
Bawang di mayang dan digoreng hingga layu dan kekuningan
Tumbuk lada hitam,isi ayam dan kentang goreng hingga hancur dan sebati.
Satukan bahan2 yg ditumbuk bersama bawang grg dan daun sup
Perisakan jika perlu (isi ayam dah masin)
Bulat/leperkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki (ikut kreativiti anda)
Panaskan myk dan pukul telur
Celup adunan yg dibentuk td ke dalam telur
Goreng hingga kekuningan
Tadaaa.... dah siap utk dimakan...
Sesuai utk makan saja @ tambahan utk soto...
(Sukatan hidangan utk 2 org..)

Friday, July 25, 2008

Dalam Kenangan.. (1)

Satu Malam di Teluk Cempedak...

Dulu kalau boring2 duk rumah, kami akan kuar ramai2. Ambil angin...Ni kat TC. Keluar makan jap dan lepak2 kat TC 2 3 jam. Biasanya hal2 camni sesuai dibuat masa students cuti. Baru tak asyik bertembung dengan mereka.Keluar kat mana pun, gmbr mesti ambil punya...maklumlah pewaris minat Lady Diana ada kan...Dia la rajin bawak kamera.Ni masa kuar dengan Mc Zue, Ida, Yana dan Sukiman.

Tuesday, July 22, 2008

Cerita-ceriti 1

Pangako Sa'yo

Watak utama: Yna & Angelo

Sy ada mengumpul koleksi cerita (drama) Filipina ni. Pangako Sa'yo. Semuanya ada 16 kotak. Sekotak ada 10 cd. Jadi ada 160 episod. 1 cd (1 episod) lebih kurang dlm 1 jam. Sy x penah ler tgk sampai habis 1 kotak setiap kali tgk.Sedih, nak nangis. Agak2 dah x berapa ingat tu baru sambung.hehehhee...Dulu masa beli tak la beli serentak 1 set ni.Parak wooo...beli sekotak sebulan....Dulu pernah tgk kat tv tp tak dapat tgk semua episod tp tau cerita ni best (bg sy...). Jd ni yg buat koleksi ni.
Secara ringkasnya... Cerita mengisahkan percintaan dua remaja Yna (Kristine Hermosa) dan Angelo (Jericho Rosales). Percintaan Yna seorg gadis miskin (sbb dijaga oleh org miskin) dan Jericho anak org ternama (sbb Datuk Bandar menjaganya- tp hakikat sebenar anak org kebanyakkan) yg mendapat tentangan hebat daripada ibu Angelo atas sbb perbezaan taraf hidup.Ni kira kisah biasa la kan...

Yna yg hidup dalam penuh kasih syg yg tiada bandingan dr keluarga angkat mjadikan dia sgt tabah menghadapi sebarang dugaan hidup demi keselamatan dan keselesaan keluarganya. Demi keluarga juga menjadikan dia kdg2 terpaksa membinasakan impian hidup sendiri.Tp jika jodoh dah ditakdirkan...maka takkan lari gunung dikejar..

Wpun cerita ini agak kompleks dr sudut hubungan yg ingin disampaikan, tp kesan garapan penyampaian yg kemas dan teratur menjadikan ia seperti tidak disangka2...mgkin kehidupan disana sebegitu rupa...

Kepentingan beragama dlm cerita ini juga tidak ketinggalan. Dlm cerita ini agama Kristian. Tp kita tau dlm setiap agama tidak mahu pengikutnya berbuat jahat sesama manusia, jahat dibalas jahat, baik dibalas baik, sabar itu menjanjikan kebahagian dan ketenangan hati, usaha tanpa jemu akan akan menjanjikan hasil yg diinginkan....

Kesimpulannya.....Watak paling berkesan bg sy...Claudia Buenavista, Amor Powers dan Yna... Watak lelaki ntah pape..Sy suka cerita ini, banyak perkara sy belajar darinya...Kehidupan ini penuh ranjau dan duri...bukan mudah utk mendapatkan apa yg kita kehendaki, usaha giat dan jitu harus seiiring utk merealisasikannya, kesabaran hati, mental dan fizikal yg hebat dlm menghadapi dugaan,sukarnya mencari sahabat sejati dan kemaafan dendam yg terindah....

Friday, July 18, 2008

Petua Hari Ini

Petua Kecantikan (1) Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Mata Bersinar
Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini. Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk.Kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika. Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih Dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat

Mulut Berbau
Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.Pedas sikit kalau yg tak pernah rasa sirih.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. Amalkan selalu.

Urutan Wajah Cara Betul
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Melicin Dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 / 3 kali.

Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

* Akan bersambung.....

Wednesday, July 16, 2008

Perkahwinan Di FELDA

Majlis Perkahwinan Di FELDA (Era 80-an....)
Part 1

Pengenalan
Keluargaku (ms tu sy takde lg) berpindah masuk ke Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang pada tahun 1969. Sekarang dah panggil Kampung Bkt Goh.Dengan membawa bersama2 5 orang anak, maka keluarga merupakan keluarga yg agak besar berbanding jiran2 lain yg punya plg ramai 2 anak ketika itu.Bapaku asal dari Penang manakala ibuku dari Kedah...Kami dtg ke Felda bersama2 lain2 keluarga dr negeri dibahgian utara.

Memandangkan kami dtg dr jauh, maka utk saling menjaga antara satu sama lain, maka ditubuhkan persatuan org2 Penang.Diaorg panggil 'syarikat'.Tak pasti pulak bg jiran2 dr negeri lain ada ke tak persatuan ni.Pertubuhan ini disentuh sbb ada kaitan dengan majlis ini nanti.Setiap bulan ahli2 (ayahku merangkap ahli yg aktif je..hehhehhee) akan membayar sejumlah caruman utk kegunaan aktiviti persatuan.

Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan kakakku yg ke-3 akan kuceritakan di sini.Mjls ini diadakan pada tahun 1989.Bkn taknak cerita perihal majlis 2 kakakku dan seorg abangku yg terdahulu tp mungkin ketika itu aku masih kecil dan tak berapa ingat keadaan mjls tu.Kak Nor (kakak ke-3) berkahwin ketika usia 23 thn(kalau tak silap) dengan pemuda sekampung.Maka boleh dikatakan rakan kakakku, rakan abg iparku jua.

Sebulan sebelum...
Persiapan hebat bermula.Kad mula ditempah, lembu mula dicari (dan dibeli...sape nak bg saje wey...), rumah mula ditacap seindah mungkin.Dulu kad dari kertas nipis warna-warni tu.Fotostat je. Tempah kat kedai cina kat Kuantan.Tp rasa dah cukup best dah. Pastu blk rumah potong2kan dan staple.Kad ni 2 mggu lg majlis baru edar.Masa ni juga ahli2 persatuan terutama pengerusi mesti dah tau dah.Malah masa nak cari tarikh mjls tu dah tanya org kg kot2 ada bertembung hari mjls (mjls hari yg sama). Tak best la kan kalau byk mjls dalam sehari...

2 minggu sebelum...
Memandang kaum kerabat kedua2 ibu bapaku jauh di utara, keperluan kakitanagn utk membantu sepanjang mjls amat bergantung kepada jiran2.Dengan adanya persatuan org Penang ini maka secara rasminya, seluruh org Penang yg msk persatuan kat Bkt Goh akan dtg tolong. Ala2 wajib gitu...

Mesyuarat diadakan utk menentukan perjalanan mjls dan penentuan siapa akan menjlnkn tugas2 nanti.Bila pasang khemah, sape masak, basuh pinggan,angkat hidang, jaga penanggah, jaga tetamu dan sebagainya.Biasanya mesyuarat dibuat selepas isyak.Mesyuarat akan diketuai oleh seorg yg plg berusia di situ (ahli persatuan Penang) sebagai jurucakap.Mjls ini akan disertai oleh ahli2 blok,jiran terdekat dan ahli2 persatuan.Masa ni juga sumbangan dr persatuan berbentuk kewangan akan diberikan (sejumlah wang yg dipersetujui oleh semua ahli di awal penubuhan).Makanan akan disediakan serba sedikit...(walaupun kdg2 cm kenduri kecil2an gak...)

Seminggu sebelum...
Memandangkan keluarga bersetuju membuat mjls nikah lebih awal, maka persiapan bermula lebih awal. Mjls nikah diadakan seminggu sebelum mjls perkahwinan(Lupa pulak kenapa jarak masa begitu lama).Mjls dimulakan dengan mjls khatam al-Quran dan marhaban petangnya dan mjls nikah malamnya.Persiapan dibuat bersama2 jiran terdekat.Semasa mjls nikah, seekor kambing menjadi lauk santapan dan disertai beberapa menu yg lain.

Masa ni kayu api pun dah terkumpul.Kad sudah diedar.Barang2 masakan dah mula dihantar oleh jiran2. Di Felda pada ms tu menjadi kebiasaan setiap jiran terdekat dan ahli persatuan (wajib) akan bg 10kg beras/gula atau telur (biasa 2 sarang).Yang hantar kuih baulu atau kuih karas pun ada...(utk makan masa buat persiapan).Ayah sy akan merekod siapa dan apa yg dihantar (serta kuantiti brg) dlm buku (3x5).Ini bertujuan bila mereka pula kenduri kami pula akan membalas apa yg diberi oleh mereka.Org memberi kita merasa. org berbudi kita berbahasa.....

Bunga telur telah dibuat.Masa tu bunga telur buat sendiri.Bekas telur daripada dawai yg dililit dengan plastik bewarna-warni dan dibentuk seperti bakul.Kemudian kat atas tu diletak kuntuman bunga.Bunga manggar juga dibuat sendiri beramai2.Kertas warna-warni dililit pada lidi.Bunga koset juga dibuat utk diberikan kepada pembantu2 yg bertugas dimjls nanti.Alaa bunga kecil2,letak pin dan letak duit RM10/RM5/Rm2 lipat cm kipas kt belakang bunga tu...Sebagai penghargaan atas bantuan mereka yg membantu.Bekas telur kalau tak cukup bunga telur tu stanby je plastik telur warna-warni berkilat2 dan bercorak (ada jual masa tu), tak pun kertas tisu (mmg dah beli utk lap tangan nanti)

Bilik tidur dah berhias.Perabot siap beli.Jambangan bunga dibuat sendiri oleh kakakku.Pakai kertas bunga yg ada ton kuning depannya dan belakang oren.Dibuat kelopak2 dan dicantum jd bunga,untuk hiasan katil dan almari solek.Dinding masa tu siap balut dengan kertas myk (ntah nape tak cat jer...).

3 hari sebelum...
Pesta menumbuk kerisik akan diadakan.Peserta tentu jiran2 terdekat. Biasanya kelapa akan dikupas lebih awal oleh tuan rumah (kelapa ambil kat kebun sendiri).Ada yg mesin kelapa, ada yg duk goreng kelapa dan ada yg tumbuk kelapa grg tu.Ni buat kat luar rumah.Manakala dalam rumah ada yg duk buat kuih kapal terbang atau kerepek pisang (kudapan pd hari tu dan hari berikutnya...).Sebahagian lg akan buat makanan utk menjamu jiran2 yg duk wat kerja tu.Mihun grg contohnya.Makan baulu dan kuih karas yg dibagi sebelumnya time macam ni lah... Air kopi O dan tea O mmg takleh tinggal punya....

2 hari sebelum...
Selepas asar biasanya org2 lelaki akan dtg utk pasang khemah tempat mkn dan tempat msk serta buat penanggah utk letak lauk di masak.Dulu khemah jenis kanvas 4 penjuru tu.Pacak tiang tengah. Yg lain pakat tarik khemah ramai2.Sekali lg mcm pesta.Seronok.Meriah! Lembu yg diikat kat pokok kelapa je rasa seram sejuk....tak seronok lgsg....

Bersambung......

Tuesday, July 15, 2008

Perasaanku....

Perasaanku...

Dah lama tak menulis. Bila kelas bermula maka masa terpenuh dan peluang menulis semakin terhad. Kawanku pernah berkata, tulislah,tulislah walau sebaris ayat sehari.Asalkan menulis.Jadi sy akan menulis la serba sedikit apa yg dilalui sekarang....
Sebagaimana semester2 lalu, bila nak mula semester baru, perasaan berdebar2 terutama nak masuk kelas pertama memang dirasai. Biarpun dah bertahun ,perasaan tu masih tak dapat nak dielakkan. Tp sekali dah mula, dah nampak serba sedikit keadaan pelajar yg akan kita jumpa,perasaan berdebar tu akan hilang sedikit demi sedikit..

Semester ni sy mengajar subjek MAT108 (Introduction to Business Mathematics). Sy gunakan modul yg telah dibuat sendiri utk subjek ni (gmbr di atas).Modul ni sy asingkan kepada beberapa bahagian iaitu: silibus, nota, latihan, tugasan dan contoh kertas peperiksaan akhir (3 sem terkini). Ini memudahkan pelajar supaya tak berterabur nota2nya.Pelajar cuma perlu menambah apa2 maklumat sepanjang proses pembelajaran berjalan kelak.

Jam mengajar semester ni adalah 24 jam seminggu. Hampir byk semester sy mengajar dengan jumlah jam yg sama sebenarnya.Purata sehari minimum 4 jam dan maksimum 6 jam. Keadaan ni menjadikan masa terluang hanya sempat untuk membuat persiapan sebelum ke kelas, menyediakan soalan kuiz atau ujian atau menyediakan jawapan2 untuk soalan2 yang disediakan dalam modul ini. Biarpun modul yg hampir sama digunakan utk beberapa semester, tp setiap semester sy akan menukar contoh2, soalan latihan dan tugasan (termasuk cover depan seboleh2nya).Kalau tak jawabnya pelajar tak berusaha memahami dan belajar sebab pinjam buku senior atau mungkin dia sememangnya dah senior (kes repeat paper)..

Semester ini agak mengejutkan sy. Baru mengajar bab 1 (bagi kelas A), pelajar dah mula tanya soalan dalam bab 3. Waduh waduh waduh....bagus amat! Pelajar teruja nak belajar, sy lagi teruja nak mengajar. Harap-harap bukan di awal sememster sahaja, biarlah berkekalan hingga akhir semester.Setapak pelajar bergerak, 10 tapak sy kena ke depan. Pelajar melangkah sy mesti kena mula berlari ni. Ini menjadikan sy perlu bersiap sedia utk semua bab sepanjang masa.

Respon yg baik menjadikan diri lebih mencabar utk mengajar. Tp mmg sebagai pengajar perlu membuat persiapan kan... Kadang2 pelajar juga suka bertanyakan soalan di luar jangkaan. Soalan cepu emas pun ada. Kita perlu pandai menjawab supaya dapat memuaskan hati pelajar. Tp kalau tiba2 kita tak termampu utk menjawab soalan itu pada waktu tu, kita kena la pandai memberi alasan yg kukuh dan tentunya secara berhemah,utk tunda jawapan tu pada hari lain...Mesti pandai cover beb.. Antaranya kita bagilah alasan supaya pelajar sama2 mencari jawapan, atau kita akui keadaan sebenar dan kita akan memberi jawapan dlm kelas berikutnya .... Sementara tu boleh la fikirkan jawapannya, merujuk buku, bertanya teman2 sekerja atau mencari jawapan di internet. Keadaan in tidak mustahil berlaku. Pengajar juga manusia biasa. Mungkin pengajar suruh baca buku A, pelajar baca buku Z, mungkin pengajar baca buku Z, hampir terlupa info di buku A, pelajar bertanya berdasarkan buku A. Kehadiran soalan luar jangka dan tentunya pada masa tak terjangka, turut mambantu proses pengkayaan ilmu dlm diri kita sebenarnya...

Biar apapun situasi disetiap semester, sebagai pengajar kita wajib menjalankan tugas sebaik mungkin...

Thursday, July 10, 2008

Resepi Hari Ini (1)

DAGING KICAP LADA HITAM

Bahan2
Daging (potong nipis & lebar)
Cili kering (kisar)
Lada hitam (tumbuk)
Kicap manis (cap kipas udang)
Cili sos (sikit jika nak)
Sos tiram (sikit jika nak)
Cili besar (potong jika nak)
Bawang besar (mayang)
Minyak utk menumis
Sedikit garam dan serbuk perasa (jika perlu)

Bahan tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia

Cara2
Rebus daging yg dipotong td dalam kuali bersama segelas air sampai kering dan empuk.
Masukkan minyak, goreng daging sebentar hingga tepi kepingan daging td sedikit garing.
Masukkan bahan2 tumbuk, tumis bersama daging hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
Masukkan cili kisar, kacau sekejap. Masukkan sedikit air.Biarkan air td kering (utk masakkan cili tu).
Masukkan lada hitam (ditumbuk sederhana kasar), kicap, sos tiram dan sos cili.
Masak hingga kuah pekat pada kadar dikehendaki.
Masukkan sedikit garam dan bahan perasa jika perlu (test dulu rasanya)
Masukkan bawang besar dan cili potong. Kacau sekejap.
Taraaaaa dah siap!!!...Sedia dihidang.

*Kuantiti bahan ikut suka sbb sy x penah nk tmbg @ kira bila nk masak
*Cili kisar adalah pilihan.Sy lebih suka letak utk pekatkan kuah dan lebih pedas. Bg yg ingin tmbh pedas, bolehlah tmbh lada hitam.
*Serbuk lada boleh digunakan, tp lada hitam yg ditumbuk lbh kick.
*Tambahan daun bawang @ kucai yg dipotong pnjg (seinci) boleh juga ditmbh sebagai hiasan.
*Bahan yg ada 'jika nak" tu pilihan. tak isi pun takpe, tp nanti kuah akan cair (jd chineese style).

Monday, July 7, 2008

Happy 7th Anniversary

Kek Sempena 7 thn... (blueberry cake..kek kegemaran sy....Ditempah khas.)

HaPpY 7th AnNiverSaRy...

Dah 7 tahun (10 July 2008) sy berada dan bekerja di Shahputra. Jd sempena tahun ke-7 ni sy raikan keberadaan sy disini. Mungkin anda yg membaca tulisan ni akan kata, buang tabiat agaknya keja kat sini pun nk hargai2 jugak.Sekali fikir sy pun akan kata sy buang tabiat, tp mungkin sebab sy suka angka 7 kot (dan 8). Jd thn ni baru terasa nak hargai diri sendiri. Lagipun takkan nak tunggu syarikat sy kerja ni raikan kan..emmm akan raikan? Bila agaknya kn.. emm arrr..emmm... aarrr.... Lebih baik la simpan baik2 impian tu kan. Piss jangan diharap hujan dilangit, entah turun entahkan tidak...mandi shower jer la...

Dalam tempoh ni ramai rakan sekerja datang dan pergi silih berganti. Apatah lagi dari Pekan berpindah ke Kuantan. Yana, Linda, Mafuzah,Ana, Sukiman, Jar, Afzan, Shikin (Mok Kin),Normaad, Ust Fazullah, Mala,Yuhanis, Diana, Akmar, Rosmadi, Ira, Ecah, Bong (Zulkipli), Jua, Rosli (Abg Sunyi), Fida, Imad,Suhaida Sulaiman,En.Shah, K.Dahlia dan Soliha (antara sebahagian nama yang sempat dinyatakan). Paling kini Amli akan menyusul langkah mereka.Biarpun sedih setiap kali mendengar kawan2 akan berpindah tempat keja, tp bukan layak untuk kita menghalang mereka mencari masa depan yang terbaik.Kita masih berpeluang bertemu walaupun tidak sebumbung lagi.

Sahabat2 kita beralih kerja menampakkan semakin hebat dalam bekerjaya, tp kita juga boleh menjadikan diri kita hebat di sini. Gaji yg tinggi diperolehi seiring dengan masa, tenaga dan usaha yg perlu dilaburkan. Mungkin kita nampak sahabat2 kita beralih padang yg lebih hijau tp kita masih dipadang yg nampak mcm kekuningan. Entah2 banyak duit diperlukan utk beli baja dan racun serangga termasuk pagar dawai berelektrik perlu dipasang utk jg kehijauannya. Maklumlah baka rumput import. Walaupun kita di sini padang tak berpagar, mungkin kita lebih mesra alam... kambing, lembu kerbau meragut bebas, ulat menumpang kasih, malah mungkin rumput kita jenis rumput jarum emas!. Jadi jgn sedih sgt sahabat2 saya disini (terutama mc zu n Lipi). Gaji yg tinggi mungkin menjadikan kita masih rasa tidak cukup, gaji kita yg tak berapa tinggi kat sini pun kita masih belajar dan cuba cukup2kan. Apapun bukan bermaksud taknak gaji tinggi kan...harapan tetap ada untuk kenaikan gaji apatah lagi dapat bonus....hehehheeh...byk benda boleh dirancang kalau gaji naik wey......

Untuk sahabat2 yang masih di sini, Mc Zue, Lipi, Adnan, Mui, Roslina, K.Anum, Ida sued, Wahida, Azwa, K.Z, K.Mizah, Adibah, K.Na, Suhaida, Wani, Ma, Sani,Din (sebahagian nama yg terlintas diingatan..) terimalah lagu ini...

Ikut lagu Freedom (Seha n Shuib) nyanyi

Sama-sama tangga didaki...

Sama-sama turun ke cafe ini

Suka duka ..bersama dirasai...

Dihadapan kita..ada jalan..menuju..

Dikejauhan..ada sinar mentari..

Dipenghujung..perjalanan ini....

ooooooooooooo..................

(sori dah lupa lirik berikutnya..hehehehe)

Thursday, July 3, 2008

Tamanku 2..

TAMANKU 2..
Atas permintaan Linda (kwn serumah) utk tunjukkan pokok kegemaran dia. Pokok keladi ni lah. Katanya dia suka sgt pokok keladi.Ada ke patut dia suruh tanam pokok keladi jer kat rumah tu..Dah tu macam mana konsep "hutan Brazil + Amazon Selatan'(kawan sy bg konsep ni, bila tgk ntah pape pokok bunga kat rumah tu) sy nak menjadi. Kena la tanam pokok2 lain juga kan.... Antaranya kat bawah ni..


Ni 2 jenis aloe vera yg ditanam. Yg kat atas tu versi tempatan dan bawah versi import (kwn sy bg). Dah paras pinggang dah tingginya.

Ni pokok sy x tau namanya. Sy beli dengan saiz amat kecik awalnya dengan harga RM5.90 sepasu kecik.Dah dialih ke pasu besar.Hasilnya dah berkembang...Adik dan kakak sy suka pokok ni bila bertandang ke rumah sy.Diaorg panggil pokok batik sebab macam batik kot. Takpe nanti sy tolong semaikan.

Pokok Ong. Org Cina suka tanam pokok ni dirumah. Katanya bawak ong (untung). Tp sy beli sbb cantik tgk daunnya yg berkilat tu. Dulu beli 2 pasu kecik (RM10 sepasu). Dah alih ke pasu besar. Dah berjaya juga mengembangbiakkan menjadi beberapa pasu untuk dihadiahkan kepada adik beradik dan kawan2.. Pokok yg tak cerewet sangat nak jaga.

Pokok ni tak tau nama. Kawan sy bagi 3 pelepah utk saya semai. Untuk berkongsi maklumat, pokok ni boleh dibiakkan dengan potongan daunnya selain anak pokok. Tp semaian benih melalui keratan daun mengambil masa agak lama. Satu kepuasan bila sesuatu yg mengambil masa utk lakukannya, berjaya kita lakukan.Hasilnya dah besar ni dah. Malah dah mula tumbuh anak-anak baru.

Pokok ni pun tak tau nama. Daunnya warna ungu tua.Bentuk sekali tengok macam rama-rama tp 3 kepak.hehehhe.. Berbunga kecil warna ungu muda. Pokok ni manja sikit. Mudah mati tanpa penyiraman sempurna.Kadang2 menjadi tarikan kepada kwn2 yg bertandang sbb rupanya yg agak berbeza.

Ni pokok hadiah dari kwn sy. Sy diminta meneruskakn penjagaan selepas kematian pasangannya (emmmm..hahahahhaa).Betul...tu kata empunya asal pokok ni.
Daun pokok ni warna hijau + putih bahagian atas dan merah muda dibahagian bawah.

Ni pun pokok hadiah kawan sy. Sy dah berjaya biakkannya.Ada 2 barisan pokok ni sekarang ni. Ni baru 1 barisan....
Ni kemboja kacuk.Bunga putih. Tp kurang harum baunya..Sekarang ni tengah galak berbunga. Setakat ni dah masuk jambangan ke 8 agaknya. Tak pernah putus berbunga. Lipi (kawan opis)bg keratan pokok ni dulu(TQ!). Sekarang pokok ni dah hampir sama saiz dengan pokok asal Lipi.Dah usaha biakkan untuk bg kawan2. Kepada kwn baik sy sabar menunggu giliran ya.

Ni pokok tanduk rusa (kalau x salah saya).

Ni pokok Nago. Tak tau apa menariknya pokok ni tp sy sangat suka pada pandangan pertama melihatnya. Beli ms kecil (RM20 seplastik, tu pun jenuh membodek!. TQ untie...). Sekarang dah membesar. Malah dah bercabang2. Setiap pokok hampir 10 cabang.Dah tukar ke pasu besar pun masih nampak sesak.Ingat nk potong sikit cabang2 tu tp kwn sy cakap (petikan dr kata2 mereka yg pakar di tapak semaian katanya), makin banyak cabang , makin tinggi nilainya di pasaran. Harap2 betul la kan.
Hobi menanam pokok bunga ni dah lama bertapak. Rasanya semenjak sekolah rendah lg. Masa tu tanam pokok ati-ati dan keembong yg pelbagai warna dan bentuk.Makin menginjak dewasa pokok pilihan pun makin matang lah seiring usia kan..Dulu masa kat kampung, sy menanam, arwah ayah sy menjaga.Sekali sekala balik, baru sempat tengok atau jaga.Arwah ayah saya memang suka menanam pokok termasuk pokok buah2an atau pun tanaman kontan lain.Kadang2 ada jugak pokok bunga sy dialih2 duduknya, diubahsuaikan rupa parasnya, dikembangbiak atau dihapuskan terus dari muka bumi rumah tu.Tp ayah dah tak ada, pokok bunga makin pupus satu persatu. Untuk kembalikan nostalgia tu, sy kemabali dengan apa yg pernah sy lalui dulu. Ini tanda ingatan sy pada arwah ayah saya. HOBI YG SAMA... Al-Fathihah utk arwah ayah saya...

Burnout

BURNOUT - Halangan Ke Puncak Jaya

Pernahkah kita terasa seperti terlalu letih berkerja, susah bangun pagi, malah mungkin asyik lupa perkara rutin dan kerap rasa murung? Ada ketikanya malas hendak berbuat apa2, terbayangkan wajah pejabat pun rasa lemah semangat dan tidak bermaya?

Tekanan kerja diumpamakan penyakit kronik yang disebabkan oleh keadaan tempat kerja yang memberikan kesan negatif kepada prestasi kerja dan hidup individu. Tekanan berlebihan malah melampau di tempat kerja akan membawa kepada keletihan bekerja (burnout). Ada burnout yg digelar sindrom tanggungjawab kronik apabila dialami oleh seseorg yg terlalu letih dengan beban kerja yang melampau.Hal ini kerap berlaku kepada individu yg terlalu kuat bekerja (workaholic), yang mungkin akan letih fizikal, emosi dan psikologi.

Beban Kerja
Kita mungkin berada dalam keadaan burnout jika:
1. Sukar menyatakan tidak kepada beban kerja, komitmen atau tanggungjawab tambahan (jd utk elak ni, agak2 rasa tertekan berlajarlah katakan 'tidak' )
2. Berada dlm situasi tegang dan telah berdepan dengannya dalam jangka masa panjang. (Bawak2 berbagi tugas, biar tension sesama...)
3. Cuba melakukan terlalu banyak kerja yg tidak mungkin tercapai. (berkadar diri hendaknya...)
4. Tiada sokongan emosi, sosial dan bantuan untuk jangkamasa panjang. (help help help...)
5. Rasa hilang tenaga untuk bangun pagi untuk ke tempat kerja (kena cari 'pandangan indah' kat opis ni..hehehhe)

Selain itu, seseorg jga mungkin berdepan masalah psikologi tetapi yg paling kerap adalah kemurungan yg boleh dikenal pasti dengan simptom menangis tanpa sebab, bimbang, susah hati, gangguan tidur, kurang/ tiada selera makan, tiada motivasi melakukan apa saja, hilang minat melakukan aktiviti lazim, lupa atau kurang konsentrasi malah lebih parah lagi rasa diri tak berguna.

Kesan
Antara kesan akan di alami
1. Kesan psikologi - kurang memberi tumpuan, rasa rendah diri, murung, kerap merokok dan mungkin membawa kepada masalah alkohol.
2. Kesan fizikal - terdedah kepada risiko penyakit selsema, sakit kepala, sakit kulit, pernafasan, hilang selera makan dan sukar tidur.
3. Kesan terhadap keluarga - terjejas keharmonian keluarga, pembangunan anak2 terganggu.
4. Kesan sosial - pekerja bermasalah dengan rakan sekerja, ketua atau majikan.

Penyelesaian Masalah
Semua masalah boleh diselesaikan secara berstuktur atau pendekatan kemanusiaan. Majikan dan pekerja harus saling bekerjasama dalam menyesaikan masalah ini. Antaranya:

1. Pengurusan dan organisasi lebih hormati dan hargai pekerja. Tp pekerja pun kenalah buat kerjanya kan..
2. Mendengar keluhan dan luahan masalah pekerja. (Jgn dengar je tp tak bertindak. xder maknanya kan....)
3. Sediakan ruang atau saluran untuk pekerja suarakan pendapat, pandangan dan masalah kepada organisasi. Jgn abaikan atau ambil sambil lewa pandangan yang diberi.
4. Prihatin terhadap pekerja dengan memberi keyakinan dalam peningkatan harga diri dlm usaha membangunkan organisasi.
5. Sistem kaunseling, mentor mentee. Berbincang bersama rakan sekerja mgkn lebih dikehendaki (keadaan lebih selesa) oleh pekerja berbanding jika bertemu dengan kaunselor.
6. Peranan rakan sekerja yg berfikiran positif. Bukan nk mengapi2kan rakan bila bermasalah. Cuba selesaikan masalah kawan ke arah kebaikan.
7. Individu itu sendiri harus mengakui kemampuan diri sendiri, tidak memaksa diri melakukan sesuatu yg diluar keupayaan.Bagi yg muslim,langkah pengukuhan mental termasuklah melakukan muhasabah diri, solat, ,membaca al-Quran dan berdoa.

** Burnat-petikan dr mjlh Nur (July 2008). Kita mgkn hadapinya. Jd nk kongsi sesama la ni..
*Jd kawallah diri semampu mungkin..kita tentu taknak dihinggap burnout, apatah lg nak jd macam kat bawah ni.....(biarpun itu adalah expressi tension yg nk ditunjukkan...)


Happy Birthday MALA...


Happy Birthday MaLA
Moga segala doa dan impian akan jadi kenyataan...

Masih teringat2 lg kenangan kita bersama sambut buffday Mala 2 tahun lepas. Belek2 gmbr tu rupanya bertarikh 1/7/'06. Hai cepatnya masa berlalu...

Dulu Mala serumah dengan saya. Kami member satu opis selalu juga buat aktiviti bersama. Salah satunya berkelah. Lamanya dah tak pergi picnic beramai2.. Ramai kawan2 lama dah berpindah tempat keja. Nak berjumpa pun susah,macam mana nak bergembira dan bersuka ria kat pantai..

Saya, Mala dan Wa kawan baik masa kat Pekan dulu. Kami selalu juga keluar bersama. Pergi makan atau tengok wayang. Tunggu Mala balik kerja pukul 5pm, pukul 6.30pm keluar ke Kuantan.Ingat satu hari tu, kita datang ke Kuantan hanya untuk makan malam dan berbual. Merdeka Station dalam kenangan. Usai maghrib di masjid,kita sampai (pekerja dekat situ buka meja), kita bual sampai pekerja tu lipat meja nak tutup gerai. Baru teringat yang kita tak kemana2 selain berbual kat situ. Walhal nak balik ke Pekan semula tu... Tentunya menu kegemaran kita, black pepper steak dengan air tembikai laici. Hai.... rindunya saat2 tu..

Dulu Mala adalah salah seorang teman saya berkongsi banyak rasa (selain Wa dan Yuhanis). Bila sedih atau gembira,Mala di cari. Sukar rasanya nak cari pengganti. Bukan mudah hendak mencari teman boleh bicara apa jua cerita. Terima Kasih Mala...

Biarpun Mala jauh di mata, terpisah jarak namun ingatan tetap abadi selamanya. Hubungan takkan terputus.Sekali lagi Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk Mala (3 July...)

** Gmbr kat atas tu masa picnic kat Pantai Sepat. Mala malu2 nk potong kek bday dia, tu sebabnya kami pakat2 tolong potongkan..hehehehe

Tuesday, July 1, 2008

Biomagna

Antara harta kesayangan (x banyak harta pun sebenarnya..)


Sekejap td (<>pkl 12.30tgh) melalui D6, sy pasang Biomagna di enjin kereta. Sejenis alat untuk mengurangkan penggunaan minyak (fuel saver). Sebenarnya sy ni memang tak tahu langsung pasal kereta ni apatah lg pasal enjin. Setakat body kereta lawa tak lawa tu boleh la. Itupun selalu berbeza dengan org (penting ker persamaan dgn org lain ek?).Harganya RM50, harga dekat kawan D6 tu ler. Kat org lain tak tau la kan..

Biomagna ni menghasilkan medan biomagnetic yang dikatakan terbukti dapat meningkatkan kecekapan pembakaran di dalam mana2 enjin yang menggunakan gas, petrol atau diesel (enjin pembakaran dalaman).Malah dikatakan terbukti mampu menigkatkan kuasa enjin kepada lebih 30%, mengurangkan penggunaan minyak kepada lebih 30%, meningkatkan jangka hayat plak, mengurangkan pembentukan karbon di dalam enjin dan mengurangkan kadar pembebasan CO ke alam sekitar. Sesuai untuk semua jenis kenderaan yang berenjin. Dapat kurangkan kadar pencemaran udara juga kan..

Nak jimat penggunaan minyak dalam keadaan harga minyak yg tinggi ini memang tak dapat dielakkan kalau dah memang kena guna minyak untuk gerakkan kereta. Nak kurangkan perjalanan untuk kurangkan penggunaan minyak, rasanya dr dulu tak ke mana sangat pun. Takde apa lg dah nk dikurangkan dr sudut penggunaan minyak (bagi sy dan kereta sy la yer). Jd ini antara usaha untuk cuba kurangkan lagi penggunaan minyak dan tentunya wang yang akan dilibatkan untuknya...Harap2 berjaya. Tak banyak, sedikit2 pun jadi la..Bak kata pepatah, kumpul duit sikit2, lama2 jd bukit...Tp kalau harga minyak terus melonjak naik, duit setinggi gunung Everest pun kalau ditarah hari2 akan rata, serata ratanya jugak kan....

4 Golongan Manusia


4 Golongan Manusia

Ulama Al-Khalil Ahmaf membahagikan manusia kepada 4 golongan:


1. Orang yg berilmu dan tahu dirinya berilmu. Merekalah orang yg sebenar2nya berilmu. Manusia golongan ini akan menghayati dan memanfaatkan ilmu ke jalan yg diredhai Allah dan akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.


2. Org yg berilmu tapi tidak tahu dirinya berilmu. Orang begini adalah org yg 'tidur' dan perlu diberikan kesedaran.Org dari golongan ini adalah org yg lalai perintah Allah, tidak meninggalkan larangan walhal dia tahu hal itu. Lazimnya dia terpengaruh dengan keduniaan, dan menomborduakan perintah Allah. Mereka meninggalkan solat dengan alasan terpaksa hadiri majlis, mereka ikut minum dan berjudi kononnya kerana mahu menghormati sahabat perniagaan dan sebagainya. Mereka ini wajib disedarkan.


3. Orang yg tidak berilmu dan tahu dirinya tidak berilmu. Org begini perlu kepada bimbingan dan tunjuk ajar. Mereka ini dianggap lebih mudah untuk diajar keranan mereka memang memerlukan bimbingan.


4. Org yg tidak berilmu tetapi tidak tahu dirinya tidak berilmu. Org begini dikatakan jahil atau bodoh sombong.Mereka dianggap manusia paling buruk kerana mereka ini dikategorikan org bodoh yang mengaku dirinya pandai. sudahlah begitu, mereka enggan belajar dan tidak mahu diajar.


Maka letaklah diri kita ditempat selayaknya. Jika perlu berubah, bertindaklah sementara ada masa dan ruang.Sesungguhnya ilmu dan arah tujunya akan dinilai di sana nanti....

LiDaH YaNg DeRhAkA

Kerana Pulut, Santan Binasa.. Kerana Mulut, Badan Binasa....

Pepatah ini sudah sebati dalam kehidupan kita semua. Tp sejauh mana kita mengambil iktibar daripada pesanan ini. Apabila bercakap, mulut kita selalu tiada 'insurans', kita bercakap apa saja malah selalu perkara yang tidak sepatutunya diperkatakan.

Kadang2 kita merepek merapu perkara yang tidak berfaedah, semata-mata kita memang suka bercakap. Kita mungkin dikategorikan sebagai golongan extrovert, tetapi itu bukan bermakna kita punya 'lesen' untuk berkata apa saja.Banyak bercakap tidak bermakna kita peramah dan senang dibawa bergaul, tapi sikap over tu mungkin menyebabkan orang 'berbulu' dengan kita. Di pejabat cuba pandang di sekeliling kita. Kadangkala kita banyak bercakap dari bekerja, di kafe makan sekejap tp berbual lebih banyak (walaupun kita nak kata itu sebagai masa kita beramah mesra dan mengeratkan siratulrahim sesama rakan sekerja) dan di rumah kadangkala kita membebel kepada pasangan mahupun anak2 tanpa rasa letih.Apabila banyak membebel, mungkin banyak perkara tidak molek akan terkeluar atau sengaja dikeluarkan.Itulah padahnya kalau banyak bercakap tanpa terkawal!

Memang tidak mudah mengawal lidah.Sama sukarnya mengawal lidah atau mulut untuk berkata perkara yang berfaedah. Disebabkan inilah ada ulama menyifatkan lidah sebagai anggota badan yang paling derhaka kepada manusia jika tidak dikawal.Maka dengan inilah juga Islam menganjurkan agar kita lebih baik mendiamkan diri selaras dengan firman Allah bermaksud '"Sesiapa yang diam, nescaya dia terlepas (daripada bahaya)"(Riwayat Tarmizi daripada Abdullah bin Umar).

Dua perbuatan sia2 yang selalu dilakukan oleh mulut(lidah) adalah bercakap perkara yang tidak perlu (suka buang masa) dan cakap berlebihan.Bila kita banyak bercakap, tidak mustahil perkara yang tidak berkaitan, tidak penting seperti bergosip,bercakap kasar, mencarut malah mengumpat akan terkeluar.Perkara ini bukan saja membuang masa dan berdoasa, malah mungkin 'membuang kawan'.

Ibnu Abbas berkata, " Ada 5 perkara yang lebih aku sukai lebih daripada kuda yang sudah siap untuk ditunggangi":
1. Jangan engkau berkata2 perkara yang tidak penting.Perbuatan itu adalah keterlaluan, dan engkau tidak aman daripada dosa.Jgn berkata perkara tidak penting bg engkau sebelum engkau mendapat tempat yang sesuai untuk mengucapkan kata2 itu.Ini kerana orang yg berkata sesuatu yng penting tidak pada tempatnya , dia akan mendapat susah.
2.Jangan bertengkar dengan org yg lemah dan bodoh. Ini kerana org yg lemah itu akan marah dalam hatinya dan org yg bodoh akan menyakiti engkau dengan lidahnya.
3.Sebut nama temanmu apabila dia jauh dari engkau dengan kata2 yg engkau tahu akan gembirakannya.
4. Bergaul dengan sahabat dengan engkau tahu akan menyukakan dia.
5. Lakukan perbuatan yang memang diketahui akan dibalas dengan kebaikan.

Jadi tepuk dada tanya hati dan fikiran. Apa yang kita pilih untuk diri kita. Bercakap berpada-pada, biar bertempat biarlah tepat pada orangnya dan pada masanya. Jangan disebabkan mulut bukan saja badan binasa, siratulrahim retak menunggu masa, pinggan mangkuk, periuk belanga bakal hancur juga!
Jgn kerana mulut hati menangis, jgn kerana mulut hati terguris...

**Tak boleh salahkan org byk cakap je akan berdosa dan binasa, org yg diam tp dlm hati berkata2 juga bahaya!!! hehehehhee...

*Tajuk di atas adalah petikan (topik) dr majalah Nur (Jun 2008)- ada pengurangan dan penambahan serba sedikit.Hanya untuk berkongsi demi kebaikan bersama...