Perasaanku...
Dah lama tak menulis. Bila kelas bermula maka masa terpenuh dan peluang menulis semakin terhad. Kawanku pernah berkata, tulislah,tulislah walau sebaris ayat sehari.Asalkan menulis.Jadi sy akan menulis la serba sedikit apa yg dilalui sekarang....
Sebagaimana semester2 lalu, bila nak mula semester baru, perasaan berdebar2 terutama nak masuk kelas pertama memang dirasai. Biarpun dah bertahun ,perasaan tu masih tak dapat nak dielakkan. Tp sekali dah mula, dah nampak serba sedikit keadaan pelajar yg akan kita jumpa,perasaan berdebar tu akan hilang sedikit demi sedikit..
Semester ni sy mengajar subjek MAT108 (Introduction to Business Mathematics). Sy gunakan modul yg telah dibuat sendiri utk subjek ni (gmbr di atas).Modul ni sy asingkan kepada beberapa bahagian iaitu: silibus, nota, latihan, tugasan dan contoh kertas peperiksaan akhir (3 sem terkini). Ini memudahkan pelajar supaya tak berterabur nota2nya.Pelajar cuma perlu menambah apa2 maklumat sepanjang proses pembelajaran berjalan kelak.
Jam mengajar semester ni adalah 24 jam seminggu. Hampir byk semester sy mengajar dengan jumlah jam yg sama sebenarnya.Purata sehari minimum 4 jam dan maksimum 6 jam. Keadaan ni menjadikan masa terluang hanya sempat untuk membuat persiapan sebelum ke kelas, menyediakan soalan kuiz atau ujian atau menyediakan jawapan2 untuk soalan2 yang disediakan dalam modul ini. Biarpun modul yg hampir sama digunakan utk beberapa semester, tp setiap semester sy akan menukar contoh2, soalan latihan dan tugasan (termasuk cover depan seboleh2nya).Kalau tak jawabnya pelajar tak berusaha memahami dan belajar sebab pinjam buku senior atau mungkin dia sememangnya dah senior (kes repeat paper)..
Semester ini agak mengejutkan sy. Baru mengajar bab 1 (bagi kelas A), pelajar dah mula tanya soalan dalam bab 3. Waduh waduh waduh....bagus amat! Pelajar teruja nak belajar, sy lagi teruja nak mengajar. Harap-harap bukan di awal sememster sahaja, biarlah berkekalan hingga akhir semester.Setapak pelajar bergerak, 10 tapak sy kena ke depan. Pelajar melangkah sy mesti kena mula berlari ni. Ini menjadikan sy perlu bersiap sedia utk semua bab sepanjang masa.
Respon yg baik menjadikan diri lebih mencabar utk mengajar. Tp mmg sebagai pengajar perlu membuat persiapan kan... Kadang2 pelajar juga suka bertanyakan soalan di luar jangkaan. Soalan cepu emas pun ada. Kita perlu pandai menjawab supaya dapat memuaskan hati pelajar. Tp kalau tiba2 kita tak termampu utk menjawab soalan itu pada waktu tu, kita kena la pandai memberi alasan yg kukuh dan tentunya secara berhemah,utk tunda jawapan tu pada hari lain...Mesti pandai cover beb.. Antaranya kita bagilah alasan supaya pelajar sama2 mencari jawapan, atau kita akui keadaan sebenar dan kita akan memberi jawapan dlm kelas berikutnya .... Sementara tu boleh la fikirkan jawapannya, merujuk buku, bertanya teman2 sekerja atau mencari jawapan di internet. Keadaan in tidak mustahil berlaku. Pengajar juga manusia biasa. Mungkin pengajar suruh baca buku A, pelajar baca buku Z, mungkin pengajar baca buku Z, hampir terlupa info di buku A, pelajar bertanya berdasarkan buku A. Kehadiran soalan luar jangka dan tentunya pada masa tak terjangka, turut mambantu proses pengkayaan ilmu dlm diri kita sebenarnya...
Biar apapun situasi disetiap semester, sebagai pengajar kita wajib menjalankan tugas sebaik mungkin...
Tuesday, July 15, 2008
Perasaanku....
Posted by Eja at 12:58:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Tahniah! Rasa-rasanya nilah pnulisan trbaik yg prnah awk hasilkn (pandangan peribadi). Baguslah, hrp dpt teruskn penulisn. Adnan pernah kata (8kali) sibuk bukannya alasan. Tulisan pun dah makin besar, senang baca (he he he). Subjeknya pun terkawal, taklah banyak info sangat nak dimasukan sekaligus). Ada juga part nampak kelakar dan lucu (sya suka)...
Bab-bab mgajar ni memang banyak yg kita boleh tulis kan, awakpun dah 7taung ngajar. sya tunggu pnulisn trbaru nanti...
Post a Comment