Petua Kecantikan (1) Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Mata Bersinar
Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini. Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk.Kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika. Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Memutih Dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat
Mulut Berbau
Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.Pedas sikit kalau yg tak pernah rasa sirih.
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. Amalkan selalu.
Urutan Wajah Cara Betul
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Melicin Dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 / 3 kali.
Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
* Akan bersambung.....
Friday, July 18, 2008
Petua Hari Ini
Posted by Eja at 9:14:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
an: bab ni plg best. sy mmg t'tggu2 tip2 ni...tq k. tp mujarab ker ni?
petua untuk kurus ada tak? keh keh keh...
ada byk jankaulu...tp sy x amalkan sbb tu x kurus2..hehehehe
dah habis 6 botol dah makan himalaya punya jenama...tapi resultnya mcam biasa...he hehe
sy dah penah alami apa yg mr jan lalui..sbb tu suh mr jan try dulu...kot2 mujarab br try... amri hebat la berjaya kn...
Post a Comment