Rainbow Beach-OM114 (28/03/09)
Pada petang Sabtu, dengan cuaca redup tp berbahang, tepat pukul 2.30 ptg bermulanya mjls hari keluarga OM114 dgn bersaksikan deruan ombak di tepi pantai De' Rhu Beach Resort Balok. Mjls yg bertujuan utk mengeratkan siratulrahim antara pelajar dan juga pensyarah serta staff, di samping meraikan para pelajar senior yg akan tamat pengajian.
Mjls bermula dengan sukaneka. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut semester. Antara permainannya adalah tarik upih pinang (wpun bkn upih sebnr), pecah belon, bawak rim tayar, baling bola dalam relung, baling belon berair dan sebagainya. Kami staf juga main beberapa permainan tetapi mengikut kesukaan hati. Agak2 permainan tu senang, baru kami main.Tp lebih kepada gelak ketawa tepi padang, tengok org lain bermain je...
Sunday, April 5, 2009
FaMilY DaY OM 114
Tiap kali abis satu2 permainan, mesti x lepas bergambar budak2 ni. Kitaorg ni tumpang memeriahkan suasana jer..hehehe
Letih bergelak gembira tepi padang tgk org lain main. Smbl2 tu pilih permainan kalau2 ada yg menarik baru kami join...Tgk muka dah merah sbb gelak sakan.
Habis permainan, kami minum petang di tepi padang itu juga. Dengan angin sepoi2 bahasa di bawah redup pohon rhu, kami menjamu selera dengan sanwich tuna, popia (sedap sggh popia ptg tu), air oren, kopi dan teh. Selepas hampir 2 jam di padang. Pelajar boleh menghabiskan masa dengan aktiviti sendiri. Kebanyakan mereka mandi di kolam. Kat atas tu antara gmbr yg sempat di ambil. Ada antara mereka yg membuat persiapan utk persembahan pada mlm nanti. Malah ada yg berjalan2 ambil angin di tepian pantai....
Pada sebelah malam, selepas maghrib, kami semua berkumpul di dewan di tepi pantai utk majlis makan malam. Dengan menu nasi beriani dan nasi putih dan disertai kuih muih serta buah2an, kami menjamu selera.Tambahan pula, VIP adalah Mc Zue sorg, maka tanpa segan silu dapat la menikmati segala menu dengan sepenuh hati seperti berada di dapur sendiri la... Sesi makan2 diiringi bersama dengan persembahan pelajar di setiap semester dan pengagihan cabutan bertuah. Seperti biasa, saya tak pernah bertuah utk dpt cabutan bertuah.... Mjls tamat menjelang pukul 11 malam.
Terima kasih kepada semua yg terlibat menjayakan program ini. Moga kita dapat meneruskan program yg berbentuk santai dan relax ini lg ( sekali sekala terkeluar dari kebiasaan yg dibuat di hotel) di lain masa.
Posted by Eja at 11:32:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
meriah! meriah!
bile lg kite nk wat event cm ni ek..??
Post a Comment