Sukan Muhibbah KSP
Rabu, 27 Mei 2009 telah berlangsung satu program sukan muhibbah anjuran pensyarah2 UPM, SR dan OM. Program yg telah dijalankan selama setengah hari ini meliputi permainan futsal lelaki dan wanita, bola jaring, ikat kaki berduet, musical chair dan bawa bola ping pong dalam sudu.
Para penonton yang membanjiri stadium KSP pagi tu. Eh sape yg ke 2 dari kiri tu. X penah tgk pun. Masa ni pertandingan futsal lelaki sedang berlangsung.


Penyokong wanita yang berada di dalam dan di luar gelanggang. Dee seperti biasa akan membuat aksi2 dia (tu yg duk panjat pagar tu....)

Pemenang tempat ke-3 sedang bergambar. Kumpulan UPM...

Dee (Hadisah) sedang membuat aksi lompat kijang semasa perlawanan futsal wanita.

Dee menunjukkan skill terhebatnya di saksikan jurulatih futsal bagi kumpulan SR. Hafiz aka Panjang. Hafiz....nape dengan ko skali nk masuk gelanggang ni! Eh lupa...dia pengadil laaa... Din Lab merupakan pengadil utama futsal sedunia ari tu.

Pilu dan sedih seorang jurulatih bila pasukan yang dibimbingnya selama ni kecundang di kaki pemain amatur.

Musical chair... K. Z wakil hebat OM ari tu. Tp K.Z telah bagi peluang pada org lain utk meneruskan permainan di separuh akhir..

Siwok beralah dengan sopan dan tertib kepada adik2 dalam permainan musical chair.

Pendaratan yang tersasar dari landasan. Tp nampakkn dia tetap ceria dan penuh bergaya mendarat biarpun tak berjaya. Bagus! Cuba lagi semester depan.

Bola jaring wanita yang dijalankan dalam cuaca terlebih cahaya. Pinau mata nk tengok jaring weh... OM menang bergaya dan mewah jaringan ari tuh. Secara tak langsung menjadikan Dayah dinobatkan pemain terbaik secara keseluruhan dan Dee pemain paling glamour sebab nama dia paling banyak disebut2 oleh pengulas sukan dan peminat2 di luar gelanggang.

Senyuman menawan penuh kegembiraan dan keriangan di wajah koordinator OM (Mc Zu)
bila diumumkan juara keseluruhan. Hadiah disampaikan oleh Ketua Program UPM dan diiringi Koordinator UPM, Siwok. Siwok tolong iring, kot2 hadiah tempat pertama tak mampu di bawa Mc Zu. Tempat ke-2 dimenangi oleh SR.