? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, May 28, 2009

Sukan

Sukan Muhibbah KSP

Rabu, 27 Mei 2009 telah berlangsung satu program sukan muhibbah anjuran pensyarah2 UPM, SR dan OM. Program yg telah dijalankan selama setengah hari ini meliputi permainan futsal lelaki dan wanita, bola jaring, ikat kaki berduet, musical chair dan bawa bola ping pong dalam sudu.
Para penonton yang membanjiri stadium KSP pagi tu. Eh sape yg ke 2 dari kiri tu. X penah tgk pun. Masa ni pertandingan futsal lelaki sedang berlangsung.



Penyokong wanita yang berada di dalam dan di luar gelanggang. Dee seperti biasa akan membuat aksi2 dia (tu yg duk panjat pagar tu....)

Pemenang tempat ke-3 sedang bergambar. Kumpulan UPM...

Dee (Hadisah) sedang membuat aksi lompat kijang semasa perlawanan futsal wanita.

Dee menunjukkan skill terhebatnya di saksikan jurulatih futsal bagi kumpulan SR. Hafiz aka Panjang. Hafiz....nape dengan ko skali nk masuk gelanggang ni! Eh lupa...dia pengadil laaa... Din Lab merupakan pengadil utama futsal sedunia ari tu.

Pilu dan sedih seorang jurulatih bila pasukan yang dibimbingnya selama ni kecundang di kaki pemain amatur.

Musical chair... K. Z wakil hebat OM ari tu. Tp K.Z telah bagi peluang pada org lain utk meneruskan permainan di separuh akhir..

Siwok beralah dengan sopan dan tertib kepada adik2 dalam permainan musical chair.

Pendaratan yang tersasar dari landasan. Tp nampakkn dia tetap ceria dan penuh bergaya mendarat biarpun tak berjaya. Bagus! Cuba lagi semester depan.

Bola jaring wanita yang dijalankan dalam cuaca terlebih cahaya. Pinau mata nk tengok jaring weh... OM menang bergaya dan mewah jaringan ari tuh. Secara tak langsung menjadikan Dayah dinobatkan pemain terbaik secara keseluruhan dan Dee pemain paling glamour sebab nama dia paling banyak disebut2 oleh pengulas sukan dan peminat2 di luar gelanggang.

Senyuman menawan penuh kegembiraan dan keriangan di wajah koordinator OM (Mc Zu)
bila diumumkan juara keseluruhan. Hadiah disampaikan oleh Ketua Program UPM dan diiringi Koordinator UPM, Siwok. Siwok tolong iring, kot2 hadiah tempat pertama tak mampu di bawa Mc Zu. Tempat ke-2 dimenangi oleh SR.

Akhir kata....Seperti biasa di akhir majlis, sesi menghabiskan bateri yang berbaki akan dijalankan. Bergambar beramai2...tp ni sebahagian je yang tinggal.Hari tu aku tak masuk banyak permainan. Cuma satu je. Permainan paling merbahaya hari tu. Bawak bola ping pong dalam sudu. Dapat la tempat ke-2.Bleh la kot tlg2 tambah point utk jadi juara kan...hehehe...Tp xde plak gambar permainan tu! Selebihnya jadi pom2 girl dan tukang gelak je tepi gelanggang.

Sejurus tamat bersukaneka, kami bergotong royong mengisi surat dalam sampul surat plak. Ni la gambarnya.Khas utk tatapan Abg Rem, Ust Madi n d' geng. hehehe...Nape la gmbr aku xde lg ni.....

1 comments:

Aku...kan Abangg said...

untuk semua yang terlibat ....
abg sebagai wakil kepada unit rekod sedunia ingin mengucapkan big million terima kasih diatas sumbangan tenaga anda semua...adiosss