Nak, Tak nak @ Nak jugak...
Impian hidup, keinginan hati,nak ada rumah besar. Tak dapat rumah agam macam dlm citer Sepanyol petang2 kat TV3 tu, dapat rumah banglo setingkat takpun dapat rumah semi-D corner lot (sebab nak buat taman bunga) pun cukup bagus dah.. Kalau boleh nak ada tanah. Boleh buat dusun- tanam pokok manggis, rambutan gula batu, cempedak madu takpun pokok sukun. Kalau boleh belakang rumah. Dekat sikit. Kalau boleh nak pakai kereta 4WD ataupun MPV. Besar sikit, selesa banyak. Tambah2 kalau bukan kita kena bayar (suami kaya)...Kalau boleh nak pakai barang kemas saiz XXXL, handset model terkini-sekali shake keluar lagu,2x shake tukar lagu,3x shake terus beradu.... Kalau boleh ikutkan nak...hehehe..
Tapi sampai kini masih naik kereta yg sama, selalu berdoa cepat2lah abis bayar. Bukan nak tukar baru, tp nak rasa nikmatnya takyah bayar bulanan kereta. Tak tenang hati bila byk hutang.TV pun saiz dan design konvensional lg.Barang kemas saiz plg kecil. Ye la konsep minimalis gitu...Masih pakai telefon model klasik, 31 dua kupang!. Kejap ok kejap problem. Ler ni dah ada 3 paksi-Y, 2 paksi-X dekat skrinnya. Ntah bila la nk kuar graf bar tu...hehehe.Masih duk rumah sewa lg...tp usaha jugak la buat taman bunga biarpun tanah sekangkang kera. Jadikan aktiviti di hujung minggu smbl menyambut seruan negara hijaukan bumi..Mata pun sejuk memandang biarpun poket tengah gersang.Apakan daya tak boleh ikutkan apa yg kita nak...
Semester ni kena ajar 24 jam. Masa berlebih sempat buat persiapan masuk kelas jer. Tanda kuiz, tanda tugasan kena la dekat rumah. Nak tgk blog pun x smpt. Sblm blk, jgk2 la kejap. Kalau boleh kereta yg dipakai tu tak pernah rosak selamanya. Kalau boleh harga minyak turun serendah mgkin.Kalau boleh taknak duduk rumah sewa lg dah.Kalau boleh taknak hidup membujang cam gini lama2..Penat jawab soalan orang.
Kalau dengan kawan ditempat keja bole la kata taknak jam mengajar byk2. Tu pun kalau berani kata...Kalau la mudahnya nak menolak apa2 yg kita taknak,mgkn hidup kita akan jd sebagaimana yg kita nak.Tp siapa sy disisi Tuhan utk menolak ujian yg diberikan...tak bolah atau sukarnya menolak taknak tu kan...
Tp kadang2 atau selalu mgkn nak jugak kerap berlaku.Dulu selalu lalu depan kedai peralatan sukan. Rasa nak jugak ada peralatan sukan.Akhirnya beli 'kerbau balau' kat rumah tu.Model terbaru masa tu. Kononnya nak bersenam @ merangkap nk kuruskan badan walaupn badan masa tu bersaiz ok, jauh x 'secomel' sekarang.Tp sbb nak jugak, akhirnya kumiliki. Kini setelah 8 thn dimiliki,byk termenung dr dikayuh rasanya..hehehe.Byk lg yg nak jugak...Byk juga terjadi betapa tak perlunya apa yg dibeli tu. Tp kini perlu berpada2...Taknak apa terjadi berulang kembali.Naknya beli rumah, tp apakan daya...duit tak ada...hehehehe....NAK JUGAKKKKK....
3 comments:
walaupun kita nak banyak benda/perkara, mungkin kita dapat apa yang kita perlu je. sama-sama kita bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang tiada...
thanks jan...
apa yg kita nk, x semestinya kita dpt, kdg2 kita sedar kita x mampu pun dpt apa yg kita nak. cuma jika kita yakin kita mampu mgkn kita jdkan mimpi utk berusaha jdkn realiti..
ni cuma kenyataan hidup, keinginan manusia,tp kita ada otak utk difikirkan apa yg terbaik dan termampu utk kita...
an: hidup ini macam gula-gula. ada kalanya manis, masam, masin n kadanagkala pahit. betul ckp jankaulu, bersyukur dgn apa yg kita ada n apa yg kita xde!!!!
Post a Comment