Kami agak teruja utk mengadakan majlis tersebut. Maka dibagikan segala tugas berkaitan mjls tersebut sesama kakitgn. Saya dan kumpulan sy diberi tugas utk membuat persiapan tempat terutama persiapan pentas. Maka mencari idea la kami sementara menunggu hari menjelangnya mjls tersebut. Tapi sementara itu kami juga turut membantu mana2 tugasan yg perlu disiapkan seblm menjelangnya mjls.
Antara program utk mlm itu adalah karaoke peringkat akhir dan penyampaian hadiah kepada pemenang2 anugerah seperti pensyarah plg ceria, plg segak/anggun dan plg komited dgn kerja. Saringan peringkat awal telah dijalankan terlebih dahulu. 2 mggu sblm mjls, segala borang pencalonan telah diedarkan kepada semua pihak/staf utk di undi. Seminggu sblm, pencalonan 5 terahir telah diedarkan pula utk ditentukan pemenag terakhir.
Begitu juga dgn pertandingan karaoke. Saringan dibuat lebih awal utk menentukan siapa yg akan berjaya utk ke peringkat akhir. Banyak kenangan lucu semasa saringan dibuat. Ramai yg berebut2 utk menyayikan lagu yg sama. Tp pemenang hanya 3 yg pertama diambilkitra utk persembahan kemuncak di mlm mjls nanti.
Para pensyarah telah dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut jabatan utk menyediakan 1 persembahan yg juga dikira sebagai pertandingan di mjls itu nanti. Jabatan terlibat adalah jabatan pengurusan, kuantitatif & IT( termsk ekonomi dan akaun) dan Bahasa.
Jabatan Kuantitatif telah mempersembahkan tarian hebat mereka yg diketuai merangkap kareografer, Norlizawani. Betapa gemalainya tarian yg turut disertai Adibah, Roslina, Wahida, Jeha, k.Anum, K.Mizah, Sukiman, Lokman dan Kamal. Riuh sokongan dan tepukan gemuruh kawan2.. Gelak gembira pun x kurang hebat jugak.... (gambar x jumpa, nanti jumpa kita tgk sesama ya)
Jabatan Bahasa pula telah memperdengarkan kepada semua audian dengan puisi dalam 3 bahasa, diketui oleh Suhaida(BM),Jurai (BI) dan Ijot(Arab) dan diselangselikan oleh kawan2 yg lain...
Persembahan oleh setiap jabatan ni diselangselikan oleh perserta karaoke yg berjaya ke peringkat akhir. Salah sorgnya Noormad.Nyanyi lagu Suraya.... Yg lain dah lupa..hehehhe.
Turut diselangselikan adalah cabutan bertuah. Banyak hadiah disediakan utk diserahkan kepada mereka yg terpilih.
Akhir sekali keputusan setiap pertandingan diumumkan. Pemenang kepada persembahan mengikut jabatan telah dimenangi oleh Jabatan Pengurusan, karaoke dah lupa pemenangnya, lady and men of the night dan tak lupa juga pemenang2 berikut.. Pensyarah paling segak dimenangi oleh Ustaz Ahmad Shah (ler ni dia dah mkn segak bekerja sendiri), pensyarah plg anggun dimenangi oleh Suhaida Sulaiman (ler ni keanggunan terserlah di UMP jer), pensyarah lelaki plg ceria- Sukiman (ler ni dia semakin ceria tmbhn dah confirm kat UNITEN nun), Pensyarah perempuan plg ceria - Mc Zu (ler ni nmpk cm x brape ceria menjak pegang jawatan ni. Nk makan pun kdg2 x smpt, jauh skali nk borak dan kunyah kerepek ptg2 hari..hehehe), plg komited disandang oleh En.Kamal....Anugerah disampaikan oleh K.Chik. Datuk Azman juga menjemput staf yg baru berkahwin utk turut sama beliau sekeluarga bergambar bersama2 diatas pentas.
Kegembiraan begitu terasa..Kami berpeluang berkumpul menjamu selera bersama2 smbl mengeratkan lg siratulrahim sedia ada. Kini makin ramai teman2 dah berpisah jarak namun kenangan ini tetap kukuh diingatan..
4 comments:
Masih tersimpan lagi cincin sepasang ... walaupun murah harganya ... Cuma kotak warna meroon berbentuk love tu dah hilang ... agaknya tuah jatuh kerusi pada malam tersebut ...tapi berharga buat kami ... terima kasih siarkan cerita ini ...
best nya baca kisah2 zaman dulu2... semua nyer sweet memory.. harap dapat wat lg majlis bebuka posa tahun nie...
ada orang buat-buat tak ceria sebab nak suruh orang kesian kat dia tapi hasilnya orang menyampah kat dia...dan masa tu la timbul kesian aku kat dia sebab percubaan dia selalu gagal. he he he sekarang akau rasa lucu pulak perangai dia...
anak sape la agaknya tu...sian dia.
Post a Comment