? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, June 27, 2008

Happy birthday LINDA..


HaPPy BiRtHdAy LiNDa....



27hb June 2008, jam 5.30pm lahirlah sorang puteri dalam keluarga En.Rosli....Jeng jeng jeng... ni la hasilnya puteri tu bila dah umur 26 thn.... cantik manis gitu kan...hampir setengah tahun tinggal dengan dia dan yana, semakin akrab..(wpun dah dkt 2 thn setempat keja). Tp sekarang dia dah tukar tempat keja baru...Kegemaran dia makan nasi masakan kampung dan fast food..setakat ni yg dapat dikesan...So sempena ulangtahun yg ke-26 ni, moga segala doa dan impian akan jadi kenyataan....

*sy dah pilih hadiah utk sy sempena gaji pertama linda nanti! hehehehehe

Wednesday, June 25, 2008

Langkawi....

Jauh Perjalanan , Luas Pemandangan... Indahnya alam...



18hb Jun 2008, sy bersama dengan 7 orang lg, telah berjaya jejakkan kaki ke bumi Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia jam 7.50pm. Alhamdulillah... sejam kemudian kami sampai dengan selamat. Kami dijemput oleh pengusaha chalet tempat kami akan tggl selama 3 hari berikutnya. Selepas menjamu selera kami balik ke bilik utk berehat.

Hari pertama di sana, 19hb Jun (Khamis), kami pergi melawat ke Underwater World. Melihat2 hidupan laut, mengagumkan! Petangnya kami melawat deretan kedai menjual coklat dan barangan dapur di Pekan Kuah. Banyak coklat di borong. Kat situ coklat dan beg dikatakan murah. Idaman Suri nama kedai yg menjual khusus barangan dapur dijelajah seterusnya. Amboi banyaknya...pelbagai rupa, bermacam2 saiz, banyaknya jenis dan tentunya harga boleh tahan. Sy cuma membeli set kutlenari untuk diri sendiri dan barangan pesanan kawan (Lipi). Malamnya singgah melawat Dataran Helang. Cantik! Tp sayang kegelapan malam menghalang menikmati alam sekelilingnya yg jauh lebih cantik.


Hari ke-2,pagi (20hb Jun-Jumaat), memandangkan sy dan sahabat baik tak mengikuti lawatan ke Tasik Dayang Bunting, maka kami berdua ditemani Redha (TQ so much Red) pergi melawat sekali lagi ke Dataran Helang. Cantiknya sekitar alam kat situ..... sempat juga pergi ke Pekan Kuah untuk membeli beberapa buahtangan untuk keluarga dan kawan2 dan tentunya sekali lagi tempat menjual coklat dijelajahi lagi.Sy sempat membeli beg lg (sebab beg sedia ada dah tak muat). Juga dibawa melawat pelabuhan Langkawi dan tempat memproses minyak gamat. Banyak kapal2 mewah berlabuh. Sepanjang perjalanan Red menerangkan tempat2 menarik jika kami tidak berkesempatan singgah. Dalam perjalanan balik singgah sekejap tempat Soliha keja. Tak boleh lama sebab dia tengah bekerja, tp sempatlah bertanya khabar....

Petangnya kami melawat Makan Mahsuri dan rumahnya. tempat beras terbakar juga dilawati. Kat situ juga banyak deretan kedai yang menjual aneka barang, terutama pakaian dan makanan.Kami juga melawat pelabuhan tempat kapal2 berlabuh.


Hari ke-3 (21hb Jun-Sabtu), kami bertolak balik ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pada pukul 5.30pm dan selamat sampai sejam kemudiannya. Ini adalah pertama kali sy jejakkan kali ke Langkawi. Pelbagai kenangan terpahat diingatan sepanjang perjalanan pergi balik dan ketika berada di sana......Langkawi sy masih akan ke sana lg kerana belum sepenuhnya bumimu kujejaki..

Tuesday, June 24, 2008

Susahnya Nak Mula.....

Macam mana ya nak mulakan penulisan.. Bukan penulisan yang berat, isu sarat sampai kepala berat...Cuma isu2 mudah. Rasa nak menulis, rasa banyak cerita, rasa banyak idea, rasa banyak nak kongsi cerita (rasa?------> ada ke sebenarnya!). Tapi tak pandai nak mulakan.. Tak tau nak luahkan dalam bentuk tulisan...
Sahabat baik selalu suruh menulis. Tulislah apa saja, tulislah apa jua cerita, tulislah apa jua yang terlintas di kepala...Asal tulis. Tapi jawapan yang sering dia dapat "saya tak tau nak tulis apa...dan tak pandai menulis". Semangat dari dia tak pernah luntur untuk suruh saya mula menulis. Saya akan mula...hehehehehe....Katanya dia pernah baca apa yang pernah saya tulis, takde la teruk sangat...Ada potensi (ye ker?). So kena cuba la nampaknya ni.Moga lepas ni rajin2 la menulis..

* Tiada apa akan berakhir jika tiada permulaan...

Eja Seribu Wajah

Baru belajar guna adobe photoshop. Dulu dah belajar buat, tapi tiap kali nak buat yang baru, tiap kali tu la kena ulangtayang belajar. Sebab tu hasilnya tak pernah nampak cantik lagi...masih dalam proses berlajar....
Menteri kita suruh rakyat mengubah gaya hidup bila berlaku kenaikan harga minyak. Maka ni lah salah satu cara nak ubah caranya kan.Dulu bila gambar personal, pergi cuci gambar, sekeping 40 sen @ lebih. tapi 1 gambar je kan, so kalau macam ni 1 gambar semua dalam 1 keping jer. Jimatkan.... Nak pergi cuci gambar pun bila ada gambar lain nak cuci, jimat lagi kos minyak, pergi pula kedai yang tak payah bayar charged perkhidmatan sebab guna kad ahli...Jimat......lagi!Hehehhhe.... Apapun perlu masa nak dapatkan yang terbaik..

Kembar Sepasang


Kembar: X seiras, X sejantina, X sesaiz...ISMAMIRA!

4hb Feb 2008, dalam kesibukan membuat persiapan meraikan perkahwinan adik bongsu pada 10hb, lahirlah (melalui pembedahan) ke dunia sepasang insan baru dalam keluarga kami. Ismaludin (klasik!- tokwan dia bagi) dan Nuramira (mak dia bagi)... Bayi kembar sepasang.Alhamdulillah...dalam usia abangku 39thn dan akak ipar 26thn, kehadiran sepasang bayi amat menggembirakan.

Setakat ni tak nampak lg kat mana yg boleh dikatakan sama antara 2 bayi ni... Fizikal memang susah nak cari sama, aktiviti pun berbeza. Sorang tido sorang jaga, sorang nangis, sorang bersedia nak nangis ( tunggi turn....). Tp senang sket la mak dia nk handle diaorg, cuma nak handle diri sendiri je asyik tak sempat...