? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 25, 2008

Langkawi....

Jauh Perjalanan , Luas Pemandangan... Indahnya alam...



18hb Jun 2008, sy bersama dengan 7 orang lg, telah berjaya jejakkan kaki ke bumi Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia jam 7.50pm. Alhamdulillah... sejam kemudian kami sampai dengan selamat. Kami dijemput oleh pengusaha chalet tempat kami akan tggl selama 3 hari berikutnya. Selepas menjamu selera kami balik ke bilik utk berehat.

Hari pertama di sana, 19hb Jun (Khamis), kami pergi melawat ke Underwater World. Melihat2 hidupan laut, mengagumkan! Petangnya kami melawat deretan kedai menjual coklat dan barangan dapur di Pekan Kuah. Banyak coklat di borong. Kat situ coklat dan beg dikatakan murah. Idaman Suri nama kedai yg menjual khusus barangan dapur dijelajah seterusnya. Amboi banyaknya...pelbagai rupa, bermacam2 saiz, banyaknya jenis dan tentunya harga boleh tahan. Sy cuma membeli set kutlenari untuk diri sendiri dan barangan pesanan kawan (Lipi). Malamnya singgah melawat Dataran Helang. Cantik! Tp sayang kegelapan malam menghalang menikmati alam sekelilingnya yg jauh lebih cantik.


Hari ke-2,pagi (20hb Jun-Jumaat), memandangkan sy dan sahabat baik tak mengikuti lawatan ke Tasik Dayang Bunting, maka kami berdua ditemani Redha (TQ so much Red) pergi melawat sekali lagi ke Dataran Helang. Cantiknya sekitar alam kat situ..... sempat juga pergi ke Pekan Kuah untuk membeli beberapa buahtangan untuk keluarga dan kawan2 dan tentunya sekali lagi tempat menjual coklat dijelajahi lagi.Sy sempat membeli beg lg (sebab beg sedia ada dah tak muat). Juga dibawa melawat pelabuhan Langkawi dan tempat memproses minyak gamat. Banyak kapal2 mewah berlabuh. Sepanjang perjalanan Red menerangkan tempat2 menarik jika kami tidak berkesempatan singgah. Dalam perjalanan balik singgah sekejap tempat Soliha keja. Tak boleh lama sebab dia tengah bekerja, tp sempatlah bertanya khabar....

Petangnya kami melawat Makan Mahsuri dan rumahnya. tempat beras terbakar juga dilawati. Kat situ juga banyak deretan kedai yang menjual aneka barang, terutama pakaian dan makanan.Kami juga melawat pelabuhan tempat kapal2 berlabuh.


Hari ke-3 (21hb Jun-Sabtu), kami bertolak balik ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pada pukul 5.30pm dan selamat sampai sejam kemudiannya. Ini adalah pertama kali sy jejakkan kali ke Langkawi. Pelbagai kenangan terpahat diingatan sepanjang perjalanan pergi balik dan ketika berada di sana......Langkawi sy masih akan ke sana lg kerana belum sepenuhnya bumimu kujejaki..

0 comments: