Kembar: X seiras, X sejantina, X sesaiz...ISMAMIRA!
4hb Feb 2008, dalam kesibukan membuat persiapan meraikan perkahwinan adik bongsu pada 10hb, lahirlah (melalui pembedahan) ke dunia sepasang insan baru dalam keluarga kami. Ismaludin (klasik!- tokwan dia bagi) dan Nuramira (mak dia bagi)... Bayi kembar sepasang.Alhamdulillah...dalam usia abangku 39thn dan akak ipar 26thn, kehadiran sepasang bayi amat menggembirakan.
Setakat ni tak nampak lg kat mana yg boleh dikatakan sama antara 2 bayi ni... Fizikal memang susah nak cari sama, aktiviti pun berbeza. Sorang tido sorang jaga, sorang nangis, sorang bersedia nak nangis ( tunggi turn....). Tp senang sket la mak dia nk handle diaorg, cuma nak handle diri sendiri je asyik tak sempat...
2 comments:
Tahniah untuk yang terlibat, hati yang gembira dikunjung tiba...
makcik dia sempat tak uruskan dirinya sendiri... hehehe
Post a Comment