Petikan Majalah Nur Disember 2008
7 Pengajaran Berkesan
Tugas mendidik perlulah mematuhi beberapa peraturan agar mudah mencapai matlamatnya. Mendidik sama seperti mendakwah, ada adab dan tujuan yang wajar dipatuhi.
Tahu kumpulan sasaran –seseorang pendidik perlu mengetahui ‘sasaran’ orang yang diajarnya.Berbicaralah mengikut tahap yang mampu diterima (kadar akalnya) oleh orang yang ditujukan. Fikirlah apakah yang sepatutnya disampaikan, bukannya apa yang ingin disampaikan.
Mengetahui pendekatan pengajaran.- Seorang pendidik perlu mempelajari selok belok teknik pengajaran.Pendekatan yang salah boleh menyebabkan golongan sasaran semakin menjauhkan diri. Tugas mengajar perlu dilakukan oleh orang ynag mempunyai kefahaman dalam tugasnya.
Menunjukkan contoh baik – Seorang pendidik adalah contoh kepada orang dididik. Mendidik sama seperti berdakwah dan dalam konteks ini dinamakan dakwah dengan amal soleh (bil hal). Justeru apa yang disebarkan oleh seorang pendidik perlu menepati apa yang diamalkan.
Komunikasi berkesan – Pengajaran perlu dilakukan secara komunikasi berkesan.; meliputi segenap aspek yang boleh menarik orang apa yang disampaikan itu. Komunikasi berkesan bermaksud ‘seseorang yang memperkatakan sesuatu yang benar, pada masa yang tepat dengan cara yangs sesuai untuk didengari dan difahami bagi menghasilkan tindak balas yang dihajati’.
Bentuk komunikasi berkesan juga mengambil kira keberkesanan penerimaan. Seorang pendidik perlu menilai tahap penerimaan orang diajar kerana setiap orang mempunyai tahap penerimaan dan kefahaman berbeza.
Keikhlasan – Kita hendaklah ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada sasaran. Ikutilah pengajaran cara Rasulullah s.a.w iaitu melalui 3 kaedah. Secara lisan (bil lisan), tulisan (bil kitabah) dan contoh amal baik (bil hal).Baginda menggunakan kaedah itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.
Menggunakan perkataan baik – menggunakan perkataan baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang dididik adalah satu pendekatan baik. Sebagai pendidik, anda perlu berlapang dada.
Bijak mengendali bantahan – Pendidik perlu bijak dalam mengendalikan bantahan ketika mengajar. Jangan terlalu mendesaknkerana orang yang dididik mungkin memerlukan masa untuk menerima sesuatu pengajaran. Setiap sesi perbincangan perlu dalam keadaan kondusif, harmonis, positif, dan saling menghormati. Ketika perbincangan mesti berpegang kepada etika perselisihan pendapat (adab al-ikhtilaf).
Ini adalah antara teknik yang boleh dipraktikkan dari ribuan teknik yang ada. Guna mengikut keadaan dan keperluan ynag bersesuaian.
Tuesday, November 25, 2008
Panduan Untuk Dikongsi 2
Posted by Eja at 10:58:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sangat berguna panduan ni. bagus!
Post a Comment