? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, March 14, 2009

Anak Sedara terkini

ANaK SeDarA BaRu

Nurina Adriana Asri

Sejuk hati bila tgk baby tido kan. Tenang dan polos je wajah dia. Tp Adriana ni masa bonda pergi sepanjang masa tido wpun org ramai duk borak sakan dan buat bising sekeliling dia.Tanggal 12 Mac 2009 (sehari sebelum ulang tahun kelahiran abahnya) Adriana lahir ke dunia. Berat 2.7kg..Masa ni baru 2 minggu.Tp date kt gmbr tu lupa lak nak set kamera.hehehe...
Dah dekat nak blk baru Adriana buka mata..tu pun sebab pampers dah penuh... Adriana masa ni masih kena sakit kuning. mata ketara kuningnya. Tp beberapa hari lepas tu dah ok.

Ni abang Adriana, Mohammad Adib Luqman Asri. Dah bulat sket. Kalau tak kurus jer..mkn selera memanjang, tp tak naik berat badan. Selalu ibu dia kena marah dengan nurse bila kena pergi klinik buat pemeriksaan.

Ni kembar kesayangan abang Yai. Nur Amira & Ismaludin. Dah masuk setahun, 5 Februari ari tuh. Dah mula berjalan jatuh.Akak Mira ceria & suka tersenyum menunjukkan lesung pipit dia. Tp Isma slalu buat muka sardin cap ayam jer...payah nak tenguk dia tersenyum manis.

Tuesday, February 17, 2009

Gembiranya...

AkHiRnYa....


Akhirnya siap gak himpunan resepi saya. Hampir setengah tahun juga membuat salinan dan mengedit mengikut kehendak sendiri. Projek ni sebenarnya dibuat masa cuti semester (tgh tahun 2008). Masa cuti tu la mengumpul sebanyak mungkin resepi. Masa ada kelas dan mengajar memang tak sempat nak sentuh la projek ni. Habis2 tengok pun hujung minggu je.

Sebenarnya nak copy resepi tu tak la ambil masa lama sangat, tp nk mengedit tu agak lama. Ye la kalau ada resepi yg mengarut2 tu memang sy delete siap2 la... ada ke patut ada resepi ayam goreng KFC. Bahan2nya: lesen memandu, permission bapak kita, keta/motor bapak kita, duit (RM). Cara: Lepas mintak permission bapak kita, bwk keta/ motor selaju mgkn tanpa mengabaikan keselamatan ke KFC terdekat. Order ayam grg spicy @ original mengikut citarasa anda.Bayar dan blk secepat mgkn supaya ayam masih panas seperti baru keluar dari dapur masa dihidangkan dan sedia utk dimakan... Ada ke resepi gitu sy nk simpan??? Kalau anak sedara sy yg baru pandai membaca baca pun dia akan gelak guling2 sebab tak sangka makcik dia sanggup wat lawak sampai gitu punya kejam.

Himpunan resepi ni terbahagi kepada 3 buah buku. HIMPUNAN RESEPI 1, 2 & 3. Himpunan Resepi 1 terdiri daripada himpunan resepi2 ayam + itik,ikan,daging dan masakan laut, Himpunan Resepi 2 mengandungi resepi2 nasi, sup,telur, mee & laksa, kerabu, acar & salad, serunding, sambal & pencicah, masakan antarabangsa dan pasta manakala Himpunan Resepi 3 terdiri dari himpunan resepi kuih muih, biskut, kuih raya,kek,pencuci mulut & puding,roti,makanan ringan, kerepek dan bubur. Jumlah keseluruhan resepi ini lebih kurang 5000 resepi.


Ni seme koleksi resepi setakat yg sempat di bind

Rasa puas hati bila sesuatu yang kita usahakan berjaya disiapkan akhirnya. Buku ni dibinding dengan hard cover utk membestkan lg rasa puas hati tu...hehehe...


Yg biru tu saje je, tiada kaitan dgn resepi pun. saja nk bg nmpk byk

**eja:Resepi yg dikumpul rasanya dah bersepah, tp bila masak, menu yang sama gak rasanya...hahaha waaaaa.....(terharu & rasa bersalah pd diri sendiri...)

Wednesday, December 3, 2008

Cuti...Cuti...Cuti..

Hari ni, (3 Disember 2008), kat bahagian atas bilik staf ni ramai yg dah bercuti. Cuti panjang. Mungkin sempena menjelangnya raya Aidiladha yg bakal menjelang Isnin depan (8 Dis).


Dah masuk bulan terakhir tahun 2008 ni. Bulan ni juga hanya peluang utk abiskan cuti tahun ni. Selepas kira dengan Zubaidah (staf Jabatan Sumber Manusia) 2 mggu lepas, cuti ada 17 hari lg termasuk URL. Banyak tu utk dihabiskan dalam bulan ni jer. Nak bawak tahun depan pun cuma 5 hari jer maksimum. Jadi sekurang2nya nak abiskan 9 hari lagi la nampaknya ni.

Ramai yg terkejut dengar bila sy ckp cuti sy masih berbaki 17 hari. Mungkin bagi sy yg masih bujang perkara ni agak biasa (sbb yg terkejut tu biasanya org dh kawin), tambahan pula kampung halaman 20 minit je dr tempat keja, dan kurang 20 minit dari rumah sewa. Jarang sgt nak bercuti tanpa sebab. Tahun ni sebab ambil cuti tahunan seingat sy pun hanyalah sempena ulangtahun kelahiran (wajib cuti) sebagai tanda penghargaan pada diri sendiri, 2 kali cuti utk memeriah dan menguruskan perkahwinan adik lelaki (bulan 2) dan abg (bulan Jun),mggu lepas, ambil cuti 2 ari tp sebab tak tau nak pegi mana, dtg keja, cancelkan cuti.

MC pun jarang juga ambil. Bukan bermaksud sy sentiasa sihat walafiat (bersyukur sbb kesihatan masih baik) sbb kadang2 ada juga tak sihatnya cuma kalau sikit2 tu buat tak tau je la..Selagi larat tak ambil cuti.Ambil ubat je. Tahun ni ambil MC sbb alami tekanan darah rendah dan pusing mata. Mmg tak boleh bangun. Kalau bangun terus tersungkur. Pernah satu kemalangan berlaku kat rumah sewa. Masa tu demam dan tekanan darah rendah. Dalam pening2 lalat nak pergi bilik air, nak jln ke pintu tersasar ke dinding.Masa masuk bilik air, tetiba gelap mata. Sedar2 sy tengah sukat lebar bilik air tanpa gunakan tali pita pengukur pun! Eh, keciknya bilik air kat rumah IM14 ni ya. Lebar bilik airnya setakat tinggi sy yg tak cukup inci ni jer.Hasilnya siku melecet sbb terlanggar dinding batu dan leher sakit sebab kepala terhantuk pintu.Mujur pintu tu pintu kayu...Sakit leher berhari2 juga sampai tak boleh tidur.

2,3 hari pas insiden tu, balik kampung. Biasa la sy ni kalau balik kg byk la citer nak dikongsi, termasuk la citer jatuh bilik air tu dan masalah tidur.Masa tu akak ipar sy (dia muda 8 thn dr sy) yg terpaksa dengar citer sy. Malam tu dengan sepantas kilat citer tu sampai ke telinga abang sy. Maka terus la diketuknya pintu bilik.Bertanya macam2 pasal kes tu (ngalahkan polis soal siasat pesalah lagaknya).Terus suruh bersiap, nak bawak pegi klinik. Dalam perjalanan seperti biasa sesi ceramah akan diteruskan, siap dengan contoh, sampel, sejarah, pengalaman dan kesan2 jatuh kat bilik air akan dibentangkan.Agak2 taknak panjangkan sesi ceramah tu,kena la terus diamkan diri, perosokkan diri sket dalam tempat duduk keta tu, lentukkan kepala 45 darjah ke arah bahu (bahu sendiri, jgn bahu dia, nanti dilibasnya pulak) dan buat2 muka tak sihat, pasti ceramah beransur2 ke perenggan penutup.Bkn tak sudi dgr tp letih laaaa...

Pergi kat klinik Az-Zahra kat Taman Impian,penuh org. Dia kesian sy kena tggu lama,bawak ke klinik lain. Talipon kawan dia tanya kat mana klinik yg ok sket.Kawan dia ckp Klinik Philip kat Taman Tas (kalau tak silap), tp malangnya klinik tu tutup. Last2 pergi farmasi beli ubat sakit urat je. Alhamdulillah ok dan boleh tidur. Abang sy yang sorang tu mmg gitu, kadang2 kita baru bersin 3 kali dia dah siap hulur ubat termasuk jamu!. Dia juga la yg slalu komen dan nasihat sy suruh kurus (sbb sy pegang Piala Anak Pak Abas Paling Gemuk setiap thn berturut2). Bkn taknak...tp tak pernah berjaya!. Kdg2 tu bila dh penat sgt buat keja, duk rehat dlm bilik, kunci pintu,tutup lampu dan buat2 tido. Kalau dia tau kita tak mkn lg dan berkurung, mmg meriah la dia pggl dan ketuk pintu.Dia tau tu tanda2 sy tak berapa sihat tp kita kesian jugak nak susahkan dia. Saya tau dia sayangkan saya, sebab sy pun sayangkan dia... (syahdu la pulak....)

Eh dah jauh terpesong pulak dari tajuk utama. Sebenarnya saya nak maklumkan sy pun nak bercuti panjang. Mulai esok sampai ahad mggu depan. Kira2 11 ari la sempena raya ni. Kebetulan pulak adik beradik pun cuti panjang gak. Apa ya nak buat dalam tempoh cuti ni. Yang pasti setakat ni sy kena tunaikan permintaan adik2 sy yg dah buat permohonan sebelum ni lg. Bila dah ramai2 sebenarnya banyak je aktiviti bleh buat...

Minggu2 berikutnya juga sy akan kerap bercuti sempena habiskan cuti yang berbaki... Ok selamat hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti panjang..

Wednesday, November 26, 2008

Tugasan...

Diriku...

Alamak! cikgu Noni dah tanya keja skolah ari tu laa... sori lmbat submit..

THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU
Eja -Kawan skolah & keja, Ja & Bonda - anak2 sedara terkini
/makcik@Acik Eja -anak2 sedara terdahulu

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

21.03. ... , 20.07.2006 & 03.09. ...

THREE WAYS TO BE HAPPY

Bila xde masalah nak kena pk n nak kena tlg pk kan.. pastu tengah ada duit, leh beli apa2 yg nak masa tu & boleh duk lepak kat rumah(tanpa gangguan) smbl masak menu kegemaran,berkebun @ tgk tv.

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW
Satu (Nora), Matahari (Agnes Monika), satu lg duk pilih lg lagu apa....2 dulu la kali ni

THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST
Arwah Ayah, Adik2 (Jian & Halim)-jarang dah jupa sbb masing2 dah berkeluarga.Dulu slalu berprogram sesama. & Anita Md Sauh- my best friend forever

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE THREE OF YOUR FAVORITER
Apa2 hadiah mmg suka terima sbb nama pun hadiah..lain la hadiah tu kena bayar kn...

HOBBIES
Berkebun, masak & tgk tv

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
Langkawi (nk gi lagi sbb dulu byk tmpt x pegi n byk benda x beli sbb x bwk byk duit), Pulau Perhentian (sbb x penah pegi) dan Pulau Tioman (nak gi lagi, dulu 10 ari je lepak ctu)

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
Woodywood Pecker(betul ke x ejaannya), Tom n Jerry & Tarzan

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO
Megamall, Kuantan Parade & Kuantan Plaza. (ECM baru nk bermula pegi..)

THREE FAVORITE DRINKS
Teh O suam - ni menu slalu order 0r wat kat rumah,Milo O suam & Barli Suam- ni menu slalu order kalu kat luar. nak buat sendiri cm malas gitu

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG
Dompet (wajib ada -RM, lesen mandu, IC), Tipon & Tisu - sebab bawah mata slalu berpeluh

THREE FAVORITE COLOURS
Biru -apa jua biru,Purple & Hitam- Kalu dalam lemari baju kebanyakan mpak kaler ni la

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. Kuetiaw Kung Fu Hustle
2. Nasi Putih + Tomyam Campur + Kailan Ikan Masin + Telur dadar
3. Jemput2 udang cicah kari

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
CAY7229, Barang Kemas & Album2 gambar

TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
Jujur, Ikhlas & Amanah

TOP THREE FACES YOU LIKE
Seme suka...tp ada 3 yg x suka.hehehe

THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
Pegi balik keja, siapkan projek resepi,kemaskan taman mini dpn rumah

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
Siapkan projek resepi sbb masa ada kelas x sentuh langsung, siapkan modul, siapkan keja2 yg dijanjikan kat adik..

Akhirnya siap juga.... Ok boleh balik..

Tuesday, November 25, 2008

Panduan Untuk Dikongsi 2

Petikan Majalah Nur Disember 2008

7 Pengajaran Berkesan

Tugas mendidik perlulah mematuhi beberapa peraturan agar mudah mencapai matlamatnya. Mendidik sama seperti mendakwah, ada adab dan tujuan yang wajar dipatuhi.

Tahu kumpulan sasaranseseorang pendidik perlu mengetahui ‘sasaran’ orang yang diajarnya.Berbicaralah mengikut tahap yang mampu diterima (kadar akalnya) oleh orang yang ditujukan. Fikirlah apakah yang sepatutnya disampaikan, bukannya apa yang ingin disampaikan.

Mengetahui pendekatan pengajaran.- Seorang pendidik perlu mempelajari selok belok teknik pengajaran.Pendekatan yang salah boleh menyebabkan golongan sasaran semakin menjauhkan diri. Tugas mengajar perlu dilakukan oleh orang ynag mempunyai kefahaman dalam tugasnya.

Menunjukkan contoh baikSeorang pendidik adalah contoh kepada orang dididik. Mendidik sama seperti berdakwah dan dalam konteks ini dinamakan dakwah dengan amal soleh (bil hal). Justeru apa yang disebarkan oleh seorang pendidik perlu menepati apa yang diamalkan.

Komunikasi berkesanPengajaran perlu dilakukan secara komunikasi berkesan.; meliputi segenap aspek yang boleh menarik orang apa yang disampaikan itu. Komunikasi berkesan bermaksud ‘seseorang yang memperkatakan sesuatu yang benar, pada masa yang tepat dengan cara yangs sesuai untuk didengari dan difahami bagi menghasilkan tindak balas yang dihajati’.

Bentuk komunikasi berkesan juga mengambil kira keberkesanan penerimaan. Seorang pendidik perlu menilai tahap penerimaan orang diajar kerana setiap orang mempunyai tahap penerimaan dan kefahaman berbeza.

KeikhlasanKita hendaklah ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada sasaran. Ikutilah pengajaran cara Rasulullah s.a.w iaitu melalui 3 kaedah. Secara lisan (bil lisan), tulisan (bil kitabah) dan contoh amal baik (bil hal).Baginda menggunakan kaedah itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.

Menggunakan perkataan baikmenggunakan perkataan baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang dididik adalah satu pendekatan baik. Sebagai pendidik, anda perlu berlapang dada.

Bijak mengendali bantahanPendidik perlu bijak dalam mengendalikan bantahan ketika mengajar. Jangan terlalu mendesaknkerana orang yang dididik mungkin memerlukan masa untuk menerima sesuatu pengajaran. Setiap sesi perbincangan perlu dalam keadaan kondusif, harmonis, positif, dan saling menghormati. Ketika perbincangan mesti berpegang kepada etika perselisihan pendapat (adab al-ikhtilaf).

Ini adalah antara teknik yang boleh dipraktikkan dari ribuan teknik yang ada. Guna mengikut keadaan dan keperluan ynag bersesuaian.

Panduan Untuk Dikongsi

Petikan Majalah Nur Disember 2008

Tip Hiasan Di Rumah Sempit


Rumah sempit masalah biasa di kalangan kita. Rumah ‘sekangkang kera’ tempat kita berkumpul sekeluarga, tempat menonton, tempat berehat, mungkin tempat membaca atau menyiapkan kerja malah mungkin merangkap ruang makan.

Kehadiran banyak peralatan ataupun perabot menjadikan rumah yang sedia sempit semakin kecil. Di dapur kadangkala (malah selalu) berlaga punggung bila semua orang mahu bersempit-sempit di sana.

Justeru bagaimana kita menjadikan ruang sempit tampak luas. Kita kongsi bersama tips2 berikut:

Pasang aksesori dengan jumlah ganjil. Ia lebih memikat dan sedap dipandang mata berbanding jumlah genap.

Sesuaikan dekorasi dengan gaya hidup anda. Jika sering berpindah, pilih perabot yang neutral kerana itu boleh disesuaikan dengan apa jenis dekorasi. Jika ada anak kecil, pilih carpet yang mudah dibersihkan dan cepat menyamar kekotoran.

Pasang gambar atau lukisan sama tinggi dengan mata. Ini akan menyerasikan dengan perabot. (tapi tidak sesuai pada mereka yang rendah renek hehehe).Kertas dinding yang sesuai dengan rumah. Yang bertekstur cerah,simple dan corak kecil untuk rumah kecil. Sila elakkan corak yang terlalu padat dan sesak serta bersaiz besar.

Manfaatkan cat untuk meminimumkan kekurangan dan menonjolkan kelebihan ruang.Contoh cat cerah akan jadikan ruang lebih besar dan cat gelap akan membuatkan ruang terasa nyaman (cozy)

Foto-foto ruang sebagai garis panduan. Gunakan yang mudah untuk menterjemahkan ruang yang anda sukai. Dari situ anda dapat lihat kesesuaian warna, reka bentuk. Lebih mudah mewujudkan gaya dengan cara itu.

Wednesday, November 19, 2008

Resepi Hari Ini -3

Mee/kuetiaw Kung Fu
Bahan A:
500 gm mee kuning/kuetiaw

5 biji telur dipukul

Bahan B:
100 gm udang basah [buangkan kulit]

150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah garam minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee/kuetiaw dalam kuantiti sikit [satu bahagian untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

P/s: ni menu plg suka & selalu sy order bila makan mlm kat luar. Kadang2 buat sendiri dekat rumah.tp lebih suka kuetiaw banding mee.Gambar hingga ari ni masih tak berjaya nak upload..Kalu berjaya lain kali letak semula.