? ??????????????Love Love Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (93 Ratings)??205 Grabs Today. 62127 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????12?? ?????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (22 Ratings)??152 Grabs Today. 24678 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 3, 2008

Cuti...Cuti...Cuti..

Hari ni, (3 Disember 2008), kat bahagian atas bilik staf ni ramai yg dah bercuti. Cuti panjang. Mungkin sempena menjelangnya raya Aidiladha yg bakal menjelang Isnin depan (8 Dis).


Dah masuk bulan terakhir tahun 2008 ni. Bulan ni juga hanya peluang utk abiskan cuti tahun ni. Selepas kira dengan Zubaidah (staf Jabatan Sumber Manusia) 2 mggu lepas, cuti ada 17 hari lg termasuk URL. Banyak tu utk dihabiskan dalam bulan ni jer. Nak bawak tahun depan pun cuma 5 hari jer maksimum. Jadi sekurang2nya nak abiskan 9 hari lagi la nampaknya ni.

Ramai yg terkejut dengar bila sy ckp cuti sy masih berbaki 17 hari. Mungkin bagi sy yg masih bujang perkara ni agak biasa (sbb yg terkejut tu biasanya org dh kawin), tambahan pula kampung halaman 20 minit je dr tempat keja, dan kurang 20 minit dari rumah sewa. Jarang sgt nak bercuti tanpa sebab. Tahun ni sebab ambil cuti tahunan seingat sy pun hanyalah sempena ulangtahun kelahiran (wajib cuti) sebagai tanda penghargaan pada diri sendiri, 2 kali cuti utk memeriah dan menguruskan perkahwinan adik lelaki (bulan 2) dan abg (bulan Jun),mggu lepas, ambil cuti 2 ari tp sebab tak tau nak pegi mana, dtg keja, cancelkan cuti.

MC pun jarang juga ambil. Bukan bermaksud sy sentiasa sihat walafiat (bersyukur sbb kesihatan masih baik) sbb kadang2 ada juga tak sihatnya cuma kalau sikit2 tu buat tak tau je la..Selagi larat tak ambil cuti.Ambil ubat je. Tahun ni ambil MC sbb alami tekanan darah rendah dan pusing mata. Mmg tak boleh bangun. Kalau bangun terus tersungkur. Pernah satu kemalangan berlaku kat rumah sewa. Masa tu demam dan tekanan darah rendah. Dalam pening2 lalat nak pergi bilik air, nak jln ke pintu tersasar ke dinding.Masa masuk bilik air, tetiba gelap mata. Sedar2 sy tengah sukat lebar bilik air tanpa gunakan tali pita pengukur pun! Eh, keciknya bilik air kat rumah IM14 ni ya. Lebar bilik airnya setakat tinggi sy yg tak cukup inci ni jer.Hasilnya siku melecet sbb terlanggar dinding batu dan leher sakit sebab kepala terhantuk pintu.Mujur pintu tu pintu kayu...Sakit leher berhari2 juga sampai tak boleh tidur.

2,3 hari pas insiden tu, balik kampung. Biasa la sy ni kalau balik kg byk la citer nak dikongsi, termasuk la citer jatuh bilik air tu dan masalah tidur.Masa tu akak ipar sy (dia muda 8 thn dr sy) yg terpaksa dengar citer sy. Malam tu dengan sepantas kilat citer tu sampai ke telinga abang sy. Maka terus la diketuknya pintu bilik.Bertanya macam2 pasal kes tu (ngalahkan polis soal siasat pesalah lagaknya).Terus suruh bersiap, nak bawak pegi klinik. Dalam perjalanan seperti biasa sesi ceramah akan diteruskan, siap dengan contoh, sampel, sejarah, pengalaman dan kesan2 jatuh kat bilik air akan dibentangkan.Agak2 taknak panjangkan sesi ceramah tu,kena la terus diamkan diri, perosokkan diri sket dalam tempat duduk keta tu, lentukkan kepala 45 darjah ke arah bahu (bahu sendiri, jgn bahu dia, nanti dilibasnya pulak) dan buat2 muka tak sihat, pasti ceramah beransur2 ke perenggan penutup.Bkn tak sudi dgr tp letih laaaa...

Pergi kat klinik Az-Zahra kat Taman Impian,penuh org. Dia kesian sy kena tggu lama,bawak ke klinik lain. Talipon kawan dia tanya kat mana klinik yg ok sket.Kawan dia ckp Klinik Philip kat Taman Tas (kalau tak silap), tp malangnya klinik tu tutup. Last2 pergi farmasi beli ubat sakit urat je. Alhamdulillah ok dan boleh tidur. Abang sy yang sorang tu mmg gitu, kadang2 kita baru bersin 3 kali dia dah siap hulur ubat termasuk jamu!. Dia juga la yg slalu komen dan nasihat sy suruh kurus (sbb sy pegang Piala Anak Pak Abas Paling Gemuk setiap thn berturut2). Bkn taknak...tp tak pernah berjaya!. Kdg2 tu bila dh penat sgt buat keja, duk rehat dlm bilik, kunci pintu,tutup lampu dan buat2 tido. Kalau dia tau kita tak mkn lg dan berkurung, mmg meriah la dia pggl dan ketuk pintu.Dia tau tu tanda2 sy tak berapa sihat tp kita kesian jugak nak susahkan dia. Saya tau dia sayangkan saya, sebab sy pun sayangkan dia... (syahdu la pulak....)

Eh dah jauh terpesong pulak dari tajuk utama. Sebenarnya saya nak maklumkan sy pun nak bercuti panjang. Mulai esok sampai ahad mggu depan. Kira2 11 ari la sempena raya ni. Kebetulan pulak adik beradik pun cuti panjang gak. Apa ya nak buat dalam tempoh cuti ni. Yang pasti setakat ni sy kena tunaikan permintaan adik2 sy yg dah buat permohonan sebelum ni lg. Bila dah ramai2 sebenarnya banyak je aktiviti bleh buat...

Minggu2 berikutnya juga sy akan kerap bercuti sempena habiskan cuti yang berbaki... Ok selamat hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti panjang..

Wednesday, November 26, 2008

Tugasan...

Diriku...

Alamak! cikgu Noni dah tanya keja skolah ari tu laa... sori lmbat submit..

THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU
Eja -Kawan skolah & keja, Ja & Bonda - anak2 sedara terkini
/makcik@Acik Eja -anak2 sedara terdahulu

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

21.03. ... , 20.07.2006 & 03.09. ...

THREE WAYS TO BE HAPPY

Bila xde masalah nak kena pk n nak kena tlg pk kan.. pastu tengah ada duit, leh beli apa2 yg nak masa tu & boleh duk lepak kat rumah(tanpa gangguan) smbl masak menu kegemaran,berkebun @ tgk tv.

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW
Satu (Nora), Matahari (Agnes Monika), satu lg duk pilih lg lagu apa....2 dulu la kali ni

THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST
Arwah Ayah, Adik2 (Jian & Halim)-jarang dah jupa sbb masing2 dah berkeluarga.Dulu slalu berprogram sesama. & Anita Md Sauh- my best friend forever

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE THREE OF YOUR FAVORITER
Apa2 hadiah mmg suka terima sbb nama pun hadiah..lain la hadiah tu kena bayar kn...

HOBBIES
Berkebun, masak & tgk tv

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
Langkawi (nk gi lagi sbb dulu byk tmpt x pegi n byk benda x beli sbb x bwk byk duit), Pulau Perhentian (sbb x penah pegi) dan Pulau Tioman (nak gi lagi, dulu 10 ari je lepak ctu)

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
Woodywood Pecker(betul ke x ejaannya), Tom n Jerry & Tarzan

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO
Megamall, Kuantan Parade & Kuantan Plaza. (ECM baru nk bermula pegi..)

THREE FAVORITE DRINKS
Teh O suam - ni menu slalu order 0r wat kat rumah,Milo O suam & Barli Suam- ni menu slalu order kalu kat luar. nak buat sendiri cm malas gitu

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG
Dompet (wajib ada -RM, lesen mandu, IC), Tipon & Tisu - sebab bawah mata slalu berpeluh

THREE FAVORITE COLOURS
Biru -apa jua biru,Purple & Hitam- Kalu dalam lemari baju kebanyakan mpak kaler ni la

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. Kuetiaw Kung Fu Hustle
2. Nasi Putih + Tomyam Campur + Kailan Ikan Masin + Telur dadar
3. Jemput2 udang cicah kari

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
CAY7229, Barang Kemas & Album2 gambar

TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
Jujur, Ikhlas & Amanah

TOP THREE FACES YOU LIKE
Seme suka...tp ada 3 yg x suka.hehehe

THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
Pegi balik keja, siapkan projek resepi,kemaskan taman mini dpn rumah

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
Siapkan projek resepi sbb masa ada kelas x sentuh langsung, siapkan modul, siapkan keja2 yg dijanjikan kat adik..

Akhirnya siap juga.... Ok boleh balik..

Tuesday, November 25, 2008

Panduan Untuk Dikongsi 2

Petikan Majalah Nur Disember 2008

7 Pengajaran Berkesan

Tugas mendidik perlulah mematuhi beberapa peraturan agar mudah mencapai matlamatnya. Mendidik sama seperti mendakwah, ada adab dan tujuan yang wajar dipatuhi.

Tahu kumpulan sasaranseseorang pendidik perlu mengetahui ‘sasaran’ orang yang diajarnya.Berbicaralah mengikut tahap yang mampu diterima (kadar akalnya) oleh orang yang ditujukan. Fikirlah apakah yang sepatutnya disampaikan, bukannya apa yang ingin disampaikan.

Mengetahui pendekatan pengajaran.- Seorang pendidik perlu mempelajari selok belok teknik pengajaran.Pendekatan yang salah boleh menyebabkan golongan sasaran semakin menjauhkan diri. Tugas mengajar perlu dilakukan oleh orang ynag mempunyai kefahaman dalam tugasnya.

Menunjukkan contoh baikSeorang pendidik adalah contoh kepada orang dididik. Mendidik sama seperti berdakwah dan dalam konteks ini dinamakan dakwah dengan amal soleh (bil hal). Justeru apa yang disebarkan oleh seorang pendidik perlu menepati apa yang diamalkan.

Komunikasi berkesanPengajaran perlu dilakukan secara komunikasi berkesan.; meliputi segenap aspek yang boleh menarik orang apa yang disampaikan itu. Komunikasi berkesan bermaksud ‘seseorang yang memperkatakan sesuatu yang benar, pada masa yang tepat dengan cara yangs sesuai untuk didengari dan difahami bagi menghasilkan tindak balas yang dihajati’.

Bentuk komunikasi berkesan juga mengambil kira keberkesanan penerimaan. Seorang pendidik perlu menilai tahap penerimaan orang diajar kerana setiap orang mempunyai tahap penerimaan dan kefahaman berbeza.

KeikhlasanKita hendaklah ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada sasaran. Ikutilah pengajaran cara Rasulullah s.a.w iaitu melalui 3 kaedah. Secara lisan (bil lisan), tulisan (bil kitabah) dan contoh amal baik (bil hal).Baginda menggunakan kaedah itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.

Menggunakan perkataan baikmenggunakan perkataan baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang dididik adalah satu pendekatan baik. Sebagai pendidik, anda perlu berlapang dada.

Bijak mengendali bantahanPendidik perlu bijak dalam mengendalikan bantahan ketika mengajar. Jangan terlalu mendesaknkerana orang yang dididik mungkin memerlukan masa untuk menerima sesuatu pengajaran. Setiap sesi perbincangan perlu dalam keadaan kondusif, harmonis, positif, dan saling menghormati. Ketika perbincangan mesti berpegang kepada etika perselisihan pendapat (adab al-ikhtilaf).

Ini adalah antara teknik yang boleh dipraktikkan dari ribuan teknik yang ada. Guna mengikut keadaan dan keperluan ynag bersesuaian.

Panduan Untuk Dikongsi

Petikan Majalah Nur Disember 2008

Tip Hiasan Di Rumah Sempit


Rumah sempit masalah biasa di kalangan kita. Rumah ‘sekangkang kera’ tempat kita berkumpul sekeluarga, tempat menonton, tempat berehat, mungkin tempat membaca atau menyiapkan kerja malah mungkin merangkap ruang makan.

Kehadiran banyak peralatan ataupun perabot menjadikan rumah yang sedia sempit semakin kecil. Di dapur kadangkala (malah selalu) berlaga punggung bila semua orang mahu bersempit-sempit di sana.

Justeru bagaimana kita menjadikan ruang sempit tampak luas. Kita kongsi bersama tips2 berikut:

Pasang aksesori dengan jumlah ganjil. Ia lebih memikat dan sedap dipandang mata berbanding jumlah genap.

Sesuaikan dekorasi dengan gaya hidup anda. Jika sering berpindah, pilih perabot yang neutral kerana itu boleh disesuaikan dengan apa jenis dekorasi. Jika ada anak kecil, pilih carpet yang mudah dibersihkan dan cepat menyamar kekotoran.

Pasang gambar atau lukisan sama tinggi dengan mata. Ini akan menyerasikan dengan perabot. (tapi tidak sesuai pada mereka yang rendah renek hehehe).Kertas dinding yang sesuai dengan rumah. Yang bertekstur cerah,simple dan corak kecil untuk rumah kecil. Sila elakkan corak yang terlalu padat dan sesak serta bersaiz besar.

Manfaatkan cat untuk meminimumkan kekurangan dan menonjolkan kelebihan ruang.Contoh cat cerah akan jadikan ruang lebih besar dan cat gelap akan membuatkan ruang terasa nyaman (cozy)

Foto-foto ruang sebagai garis panduan. Gunakan yang mudah untuk menterjemahkan ruang yang anda sukai. Dari situ anda dapat lihat kesesuaian warna, reka bentuk. Lebih mudah mewujudkan gaya dengan cara itu.

Wednesday, November 19, 2008

Resepi Hari Ini -3

Mee/kuetiaw Kung Fu
Bahan A:
500 gm mee kuning/kuetiaw

5 biji telur dipukul

Bahan B:
100 gm udang basah [buangkan kulit]

150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah garam minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee/kuetiaw dalam kuantiti sikit [satu bahagian untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

P/s: ni menu plg suka & selalu sy order bila makan mlm kat luar. Kadang2 buat sendiri dekat rumah.tp lebih suka kuetiaw banding mee.Gambar hingga ari ni masih tak berjaya nak upload..Kalu berjaya lain kali letak semula.

Thursday, October 16, 2008

Untukmu...


My dearest friends..


Hmmm...


Hi there...!


I'm giving you my BIG hug...


Hoping that your day will be beautiful..


Joy & Happiness always around..



And during your bad time, I'm here to comfort


So that you can smile as cheerful as always..


Relaxing your mind..peacefully..


I'll NEVER let you down...that is my promise


Will always pick you up..anytime


So that your life will get better..

and Everyday is colourful....!!!

Pelamin Angan Belum Terbina?



Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.

Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan semata-mata.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan
.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Wednesday, September 24, 2008

Perutusan Raya

Selamat Hari Raya




Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin di atas segala kesilapan yg telah dilakukan kepada semua yg mengenali atau tidak. Moga lebaran ini menjanjikan kegembiraan kepada kita semua. Diharapkan juga agar kita semua dapat memanfaatkan cuti yg pjg ni (10 hari) dengan sebaiknya bersama keluarga tercinta... SeLaMat HaRi RaYa...

Friday, September 19, 2008

Cerita-ceriti 2

CiNta & BaS..


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu, tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Eja: Takat nk bercinta bleh la wat main naik turun bas...takpun nak berjalan @ berlari...kalau nk jd teman hidup,bergantung pd jodoh jugak. Naik la bas baru ke, buruk ker, ada aircond ke, xde ker, kalau dah tak berjodoh dan x sampai jodoh lg, xleh nk kata apa jugak ler.... Sabor....

Monday, September 15, 2008

Renungan Bersama... 3

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."


Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis tersebut di atas, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik, apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.

Thursday, September 11, 2008

LaGu RaYa

Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

**( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Tuesday, September 9, 2008

Kenangan Ramadhan Di Kampung

Air Tebu...

Di awal2 Ramadhan hampir setiap hari teman serumahku membeli air tebu sebagai minuman berbuka. Setiap kali melihat air tebu yg dibelinya, setiap kali itu lah saya hampir menitiskan air mata.Bukan sedih tak dapat minum, tp sedih teringat arwah ayah.

Dulu ayahku ada kebun yg ditanam dengan tanaman kontan seperti tebu, ubi kayu, keledek, jagung, kacang tanah, pelbagai jenis pisang. Ada juga pokok kelapa, cempedak, nangka, sedikit sayur-sayuran seperti petola,kangkung, bayam, cili,kacang pjg dan sawi. Tak lupa juga pokok kekabu,pinang dan mengkuang!. Tapi kita nak citer hari ni pasal pokok tebu je...

Ayahku tanam pokok tebu hanya untuk kami sekeluarga dan bagi pada jiran2 terdekat je. Tapi kadang2 bila berlebihan, ada juga jiran depan rumah yg menjual air tebu setiap bulan Ramadhan minta beli.Ayahku jual kira harga anak beranak je la.. Sekadar nak habiskan terutama pokok yang dah cukup matang. Mentelah boleh ditanam semula.

Antara jenis tebu yg di tanam adalah tebu kuning dan tebu hitam. Lain2 tu ada juga rasanya tapi tak tau namanya.Menurut kata arwah ayah sy, air tebu dari tebu kuning lebih sedap berbanding tebu hitam. Malah kebanyakkan pembeli air tebu di bulan Ramadhan lebih gemarkan air tebu kuning, yang mana bila dah jadi air akan berwarna hijau lumut. Manakala tebu hitam akan hasilkan air tebu berwarna gelap seperti air gula melaka.


Sekadar Hiasan : Nilah pokok tebu jenis kuning
Ayahku selalu akan pergi mesin air tebu jika saya blk berbuka dekat kg, sbb anaknya yg ni la rajin tolong dia dekat kebun. Tolong dia tanam tebu, siramkan pokok2 tebu jika musim kemarau atau panas. Anak paling rajin (hehehehe..) tolong kemaskan pokok tebu - buang daun kering, gembur rumpun tebu atau ikat batang tebu supaya tak mencapah pokoknya.Biarpun bila blk rumah berkelarah/calar balar tgn sbb lupa nk pakai baju lengan pjg (malah muka pun calar).Jadi bila pokok tebu kemas je.. Nak menyusur di celah2 pokok pun takde la masalah. Jadi nak tebang atau tuai nanti boleh la pilih mana pokok yg besar dan disukai..
Setiap kali anak2 pulang berbuka di kampung, ayah saya akan pergi ke kebun utk tebang beberapa batang tebu dari jenis yg sama. Lepas kupas kulitnya, ayah saya akan bawak ke gerai jiran kami di bazar Ramadhan dlm kampung tu utk di mesin. Biasanya ayah akan bawa bersama tong air (lebih kurang 8 liter saiznya - bekas kordial yg dibeli sempena raya sebelumnya) utk memasukkan air tebu yg akan di mesin kelak. Jiran akan kenakan bayaran tertentu (harga anak beranak juga) atau ayah sy bagi beberapa batang tebu sebagai bayaran.Lagipun dia pun tengah menjual air tebu masa tu.Kira tambahan stok tebu la ni...


Gambar hiasan : Emmmm...bestnya air tebu yg sejuk...


Disebabkan setiap hari disediakan menu air tebu dan teh 0 (atau kadang2 beli soya/cincau/lain2) kadang2 dah tak larat nak minum dah. Tengok jer.. sampai satu tahap mintak tolong jgn pergi mesin lg air tebu...Tp mesti ayah sy cakap.."kita nak bagi dia minum..." Sian pulak.... Sedih dengar....Jadi biarkan orang lain jer minum..terutama anak2 saudara sgt suka air tebu.lagipun boleh minum puas2 sebab banyak....

Manisnya air tebu yg tak ditambah langsung gula... Tak terkata sedap dan nikmatnya!!! Cuma perlu tambahkan jer ais kalau nak sejuk. Takpun tambah jer air lain jika taknak sejuk... Itu yg bila tgk teman serumah, minum air tebu rasa macam nak meleleh air mata!

Sekarang bila nak minum air tebu sy akan blk ke kampung utk beli.Puas hati. Baru RM2 (tanpa ais) tp cukup utk 2 3 org minum.Banyak, berbanding kalau dibeli di bandar. Rasanya cukup manis, perlu tambah ais atau air saja. Tp tak boleh la buat selalu. Takkan nak minum air tebu perlu balik ke kampung tapi berbuka dekat rumah sewa.Jika kebetulan balik sana dan kembali ke urmah sewa utk berbuka, ok la... Bial minum, emmmm...memori air tebu di kampung dulu datang kembali....

Friday, August 29, 2008

BuKa PoSa

Emmmm...sedapnya!!!

Semalam dan kelmarin buat pra buka puasa di Tanjung Lumpur... Hari Rabu (mlm khamis) bersama Yana, Linda, Mc Zu dan 2 anak saudara Yana berbuka posa di Tanjung Lumpur. Seorang berbuka sebenarnya, tp teman berbuka beramai2... Selepas berbuka ala kadar dan solat maghrib di rumah baru bertolak ke sana supaya tak tergesa2 nanti utk berbuka dan bekejar solat. Jd bila dah solat maghrib dulu boleh la bersantai sikit sambil mkn2 dan berbual..

Tepat jam 8.30 setelah uruskan hal di bank, kami bertolak (sy dan Linda), ke Tanjung Lumpur.Sampai area kedai mkn tu kelihatan Mc Zu, Yana dan 2 anak saudara Yana dah menanti. Bimbang gak dah lama diaorang tunggu.Kelihatan anak saudara Yana (yg perempuan) dah ngantuk dlm keletihan.

Kami order ikan siakap 3 rasa, sotong celup tepung, tomyam cmpr, kailan ikan masin dan telur dadar. Makan dengan penuh selera la...Dah lama tak mkn ramai2 gitu, seronok betul rasanya.Tambah2 saling bercerita dan mengusik.Anak sedara Yana la yg paling byk kena usik.Sian Abang asyik duk kena usik.Tp suka tgk senyuman manis dia tu... X lekang senyuman sepanjang masa. Ntah apa la nama dia, lupa pulak.Terima kasih Yana dan Linda blanja mlm tu....

Malam semalam (Khamis) sekali lg mkn hidangan macam tu. Hidangan biarpun tak sebanyak mlm sebelumnya, tp enaknya tetap membuka selera. Siakap 3 rasanya lebih sedap, tapi udang pedas x mcm yg di order (mcm paprik, tp xde rasa paprik..hehehe).Terima kasih juga yg membelanja...hehehehe

Enak x enak apa jua pun menu, mahal atau murah harganya mahupun mewah atau tidak tempatnya, peluang mkn beramai2 dan berjumpa kawan2 lebih bermakna rasanya. Sebab tu la menjelangnya Ramadhan ini selain peluang meningkatkan amal ibadah, mgkn juga kita dapat mengeratkan siratulrahim yg sedia terjalin... Teringat saat2 berbuka suatu masa dulu... Kenangan berbuka puasa dekat Permatang Badak dan Tanjung Lumpur...
PerMataNg BadaK







BuKa PuAsA Di TaNjUnG LuMpUr




Buat keluarga, sahabat, teman dan kawan2 selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa....

Thursday, August 28, 2008

Kongsi Bersama

Tarikh Luput Tong Gas

Ramai kat luar sana yang tak tahu.Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.
Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG : Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.
Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun
A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),
C utk Sept ( Suku ketiga )
D utk December ( Suku keempat ).
2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan
Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.
**Marilah kita bersama2 saling menjaga keselamatan kita..

Monday, August 25, 2008

Renungan Bersama...2

Ubat Hati

Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmuyang Maha mencipta,
yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya...

SeLaMaT HaRi WaNiTa

Hari Wanita- 25 Ogos 2008
Wanita Menjana Ekonomi Negara

Kepada mak, kakak2, adik, sahabat2,kawan2,teman sekerja dan wanita2 diluar sana, SeLaMat MeNyAmBuT HaRi WaNiTa... hari ini 25 Ogos 2008..Dengan tema "Wanita Menjana Ekonomi Negara" kita juga memainkan peranan penting dlm pembangunan di dunia ni...

Friday, August 22, 2008

Impian...


Nak, Tak nak @ Nak jugak...
Impian hidup, keinginan hati,nak ada rumah besar. Tak dapat rumah agam macam dlm citer Sepanyol petang2 kat TV3 tu, dapat rumah banglo setingkat takpun dapat rumah semi-D corner lot (sebab nak buat taman bunga) pun cukup bagus dah.. Kalau boleh nak ada tanah. Boleh buat dusun- tanam pokok manggis, rambutan gula batu, cempedak madu takpun pokok sukun. Kalau boleh belakang rumah. Dekat sikit. Kalau boleh nak pakai kereta 4WD ataupun MPV. Besar sikit, selesa banyak. Tambah2 kalau bukan kita kena bayar (suami kaya)...Kalau boleh nak pakai barang kemas saiz XXXL, handset model terkini-sekali shake keluar lagu,2x shake tukar lagu,3x shake terus beradu.... Kalau boleh ikutkan nak...hehehe..

Tapi sampai kini masih naik kereta yg sama, selalu berdoa cepat2lah abis bayar. Bukan nak tukar baru, tp nak rasa nikmatnya takyah bayar bulanan kereta. Tak tenang hati bila byk hutang.TV pun saiz dan design konvensional lg.Barang kemas saiz plg kecil. Ye la konsep minimalis gitu...Masih pakai telefon model klasik, 31 dua kupang!. Kejap ok kejap problem. Ler ni dah ada 3 paksi-Y, 2 paksi-X dekat skrinnya. Ntah bila la nk kuar graf bar tu...hehehe.Masih duk rumah sewa lg...tp usaha jugak la buat taman bunga biarpun tanah sekangkang kera. Jadikan aktiviti di hujung minggu smbl menyambut seruan negara hijaukan bumi..Mata pun sejuk memandang biarpun poket tengah gersang.Apakan daya tak boleh ikutkan apa yg kita nak...

Semester ni kena ajar 24 jam. Masa berlebih sempat buat persiapan masuk kelas jer. Tanda kuiz, tanda tugasan kena la dekat rumah. Nak tgk blog pun x smpt. Sblm blk, jgk2 la kejap. Kalau boleh kereta yg dipakai tu tak pernah rosak selamanya. Kalau boleh harga minyak turun serendah mgkin.Kalau boleh taknak duduk rumah sewa lg dah.Kalau boleh taknak hidup membujang cam gini lama2..Penat jawab soalan orang.
Kalau dengan kawan ditempat keja bole la kata taknak jam mengajar byk2. Tu pun kalau berani kata...Kalau la mudahnya nak menolak apa2 yg kita taknak,mgkn hidup kita akan jd sebagaimana yg kita nak.Tp siapa sy disisi Tuhan utk menolak ujian yg diberikan...tak bolah atau sukarnya menolak taknak tu kan...

Tp kadang2 atau selalu mgkn nak jugak kerap berlaku.Dulu selalu lalu depan kedai peralatan sukan. Rasa nak jugak ada peralatan sukan.Akhirnya beli 'kerbau balau' kat rumah tu.Model terbaru masa tu. Kononnya nak bersenam @ merangkap nk kuruskan badan walaupn badan masa tu bersaiz ok, jauh x 'secomel' sekarang.Tp sbb nak jugak, akhirnya kumiliki. Kini setelah 8 thn dimiliki,byk termenung dr dikayuh rasanya..hehehe.Byk lg yg nak jugak...Byk juga terjadi betapa tak perlunya apa yg dibeli tu. Tp kini perlu berpada2...Taknak apa terjadi berulang kembali.Naknya beli rumah, tp apakan daya...duit tak ada...hehehehe....NAK JUGAKKKKK....

Thursday, August 21, 2008

Saling Mengingati...1

Jika kita di malam hari,sempatkan kita menjengah mentari..
Jika kita di siang hari, berpeluangkah kita merenung rembulan...

TUNAIKAN 10 HAK

Pesanan Imam Syafie, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut:

Hak Diri – iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yg ada.

Hak Malaikat Maut- iaitu mengqadakkan kewajipan yg tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada org yg dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.

Hak Kubur – iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu org yg dizalimi.

Hak Munkar Nankir – iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

Hak Mizan – iatu menahan marah, banayk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Hak Sirat – iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu org beriman dan suka berjemaaah.

Hak Malik – iaitu byk menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa, bersyukur dgn nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Hak Ridhwan – iaitu redha dengan qadha dan qadar Allah, sabar terima bala, syukuri hikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Hal Rasulullah – iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung dengan sunnah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan dan keredhaan Allah.

Hak Kepada Allah - iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

Wednesday, August 20, 2008

Menjelang Ramadhan...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak sengaja mahupun sebaliknya. Selamat Berpuasa...

Impian...

20.08.2008

Cantik tarikh ni. Cadangnya nak jadikan hari ni yang bertarikh ni sebagai kenangan dan sejarah dalam hidup. Tapi tak berjaya dan kesampaian lagi hingga minit-minit ni iaitu setakat pukul 12.00 tengahari ni. Tak tau la kalau agak-agak petang atau menjelang saat-saat ahkir hari ni berjaya juga. Ada masa lagi ni untuk adakan satu lakaran indah dalam hidup..hehehhehe

Tuesday, August 19, 2008

Terkenang Di masa Dulu...2

Dinner di Hotel Vistana

Dulu masa kat Pekan ada 2 kali kami staff kolej buat makan malam utk mengeratkan lg siratulrahim sedia erat. Kalau x salah, Dinner di Hotel Vistana ni kami buat pd tahun 22 Mei 2004.

Kami agak teruja utk mengadakan majlis tersebut. Maka dibagikan segala tugas berkaitan mjls tersebut sesama kakitgn. Saya dan kumpulan sy diberi tugas utk membuat persiapan tempat terutama persiapan pentas. Maka mencari idea la kami sementara menunggu hari menjelangnya mjls tersebut. Tapi sementara itu kami juga turut membantu mana2 tugasan yg perlu disiapkan seblm menjelangnya mjls.

Antara program utk mlm itu adalah karaoke peringkat akhir dan penyampaian hadiah kepada pemenang2 anugerah seperti pensyarah plg ceria, plg segak/anggun dan plg komited dgn kerja. Saringan peringkat awal telah dijalankan terlebih dahulu. 2 mggu sblm mjls, segala borang pencalonan telah diedarkan kepada semua pihak/staf utk di undi. Seminggu sblm, pencalonan 5 terahir telah diedarkan pula utk ditentukan pemenag terakhir.

Begitu juga dgn pertandingan karaoke. Saringan dibuat lebih awal utk menentukan siapa yg akan berjaya utk ke peringkat akhir. Banyak kenangan lucu semasa saringan dibuat. Ramai yg berebut2 utk menyayikan lagu yg sama. Tp pemenang hanya 3 yg pertama diambilkitra utk persembahan kemuncak di mlm mjls nanti.

Para pensyarah telah dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut jabatan utk menyediakan 1 persembahan yg juga dikira sebagai pertandingan di mjls itu nanti. Jabatan terlibat adalah jabatan pengurusan, kuantitatif & IT( termsk ekonomi dan akaun) dan Bahasa.

Jabatan Kuantitatif telah mempersembahkan tarian hebat mereka yg diketuai merangkap kareografer, Norlizawani. Betapa gemalainya tarian yg turut disertai Adibah, Roslina, Wahida, Jeha, k.Anum, K.Mizah, Sukiman, Lokman dan Kamal. Riuh sokongan dan tepukan gemuruh kawan2.. Gelak gembira pun x kurang hebat jugak.... (gambar x jumpa, nanti jumpa kita tgk sesama ya)

Jabatan Bahasa pula telah memperdengarkan kepada semua audian dengan puisi dalam 3 bahasa, diketui oleh Suhaida(BM),Jurai (BI) dan Ijot(Arab) dan diselangselikan oleh kawan2 yg lain...


Jabatan pengurusan telah membuat persembahan tentang kehidupan 1 pasangan. Atuk dan nenek (Ben Azuri & Rina) telah menceritakan detik pertemuan mereka dari awal hingga akhir. Ina kecik menjadi anak kecil yg sering mengikut maknya (yuhanis kalau x salah) kemana2 tp sering diganggu oleh sani yg cuba usik dia. Nyanyian lagu yg bersesuaian dgn zaman kanak2 tika itu dinyanyikan oleh Ina kecik.Bila masuk universiti pasangan ini (Mc Zu & Amli) nyanyikan lagu yg bersesuaian tika remaja dgn penuh gembira. Sayang Menyayang rasanya... Zaman bekerja dilakonkn oleh sy & Normad (lagu azura noormad dendangkan). Saya jd minah sengih jer time tu..mana reti nyanyi wey...hehehe.. Diikuti oleh zaman berkahwin, Amli skali lg naik ke pentas bersama Mina (kebetulan mmg baru berkahwin dan pakai bj kawin time tu), dendangkan lagu Pada Syurga di Wajahmu kalau x silap, pastu era perkahwinan disambut Eirina & Adnan. Eirina masa tu mengandung dan Adnan dgn tabah dan sabarnya mengambil alih tugas2 isteri seperti membasuh dan menjemur pakaian, menyapu smph dan mengemas rumah.Siap bwk penyapu, bulu ayam dan tuala atas pentas. Sporting Adnan rupanya...(ampun d6 jgn marah...). Keluaga semakin berkembang, K.Z naik membawa 2 anaknya sambil nyanyi 1 lagu (Anakku Yusof (ganti Sazali)lagunya).... Akhir sekali semua ahli jabatan pengurusan naik menyanyikan lagu Ayah dan Ibu....

Persembahan oleh setiap jabatan ni diselangselikan oleh perserta karaoke yg berjaya ke peringkat akhir. Salah sorgnya Noormad.Nyanyi lagu Suraya.... Yg lain dah lupa..hehehhe.

Turut diselangselikan adalah cabutan bertuah. Banyak hadiah disediakan utk diserahkan kepada mereka yg terpilih.

Akhir sekali keputusan setiap pertandingan diumumkan. Pemenang kepada persembahan mengikut jabatan telah dimenangi oleh Jabatan Pengurusan, karaoke dah lupa pemenangnya, lady and men of the night dan tak lupa juga pemenang2 berikut.. Pensyarah paling segak dimenangi oleh Ustaz Ahmad Shah (ler ni dia dah mkn segak bekerja sendiri), pensyarah plg anggun dimenangi oleh Suhaida Sulaiman (ler ni keanggunan terserlah di UMP jer), pensyarah lelaki plg ceria- Sukiman (ler ni dia semakin ceria tmbhn dah confirm kat UNITEN nun), Pensyarah perempuan plg ceria - Mc Zu (ler ni nmpk cm x brape ceria menjak pegang jawatan ni. Nk makan pun kdg2 x smpt, jauh skali nk borak dan kunyah kerepek ptg2 hari..hehehe), plg komited disandang oleh En.Kamal....Anugerah disampaikan oleh K.Chik. Datuk Azman juga menjemput staf yg baru berkahwin utk turut sama beliau sekeluarga bergambar bersama2 diatas pentas.


Belakang pentas tu sebenarnya penuh dengan kerlipan bunga yg ditampal tabur (jenuh anis & yana menggunting) tp belum pun mjls bermula bunga tu dah berterbangan dibawa tangan2 comel..hehehehe.Tp takpe yg penting kami gembira...
Kegembiraan begitu terasa..Kami berpeluang berkumpul menjamu selera bersama2 smbl mengeratkan lg siratulrahim sedia ada. Kini makin ramai teman2 dah berpisah jarak namun kenangan ini tetap kukuh diingatan..

Renungan Bersama... 1

Petikan menarik- Sekadar Utk Berkongsi...


Kepimpinan Suami Mendidik Isteri

Isteri adalah insan yang lemah. Dia sentiasa mengharapkan pimpinan dan tunjuk ajar dari seorang suami yang dicintai. Tanpa bimbingan seorang suami, dia tidak mampu mendayung bantera rumahtangga ke arah matlamat yang hak. Pasti akan berlaku ketidakhaluan yang akhirnya membawa tragedi.

Sayugianya dalam usaha melayakkan diri sebagai isteri solehah para suami yang arif perlu berganding bahu serta prihatin di dalam soal ini. Isteri tidak akan jadi insan solehah, kalau si suami tidak soleh. Si isteri juga tidak akan taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. jika si suami demikian juga.

Oleh kerana itulah si suami yang bijaksana perlu berusaha mendidik dan membimbing isterinya ke arah taqwa,Allah bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud ; “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”Surah An-Nisaa’ : 34

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri (makhluk yang kuat perasaannya).Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah mahkluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikiran. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, sang suami perlu merancang untuk mewujudkan perasan gembira di dada sang isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Nafsu
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembila nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu yang ada pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu dan syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabarannya.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut sahaja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu akan hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf.

Contohnya bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka menggangu Rasulullah s.a.w. Tatkala Rasulullah lalu disebelah rumahnya, dia akan membaling sampah kepada Rasulullah. Adakalanya dia menaburkan duri dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang dilalui oleh Rasulullah. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu sebelah rumahnya. Tetapi sedikitpun tidak dipedulikan oleh Baginda Rasulullah.

Suatu hari Rasulullah merasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingnya. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya khabar jiran perempuan tersebut, rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah s.a.w. yang sanggup menziarahinya dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintas sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah memberi salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab ; “Kami sengaja mahu Rasulullah mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik.
Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu lelaki mesti bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa dengan Rasulullah dan bertanyakan tentang mandi hadas. Rasulullah menjawab ; “Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwudhuk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya. “Bagaimana saya hendak berwudhuk dengan itu?”Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta Siti Aishah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata ; “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasai dari Aishah

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.

Ego
Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri dia hendaklah merendahkan sifat egonya. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah dinikahi dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah berusia enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan ada kalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang, cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.
Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagi jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agak sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, dan Angela).
Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah, syaitan sengaja meluap-luap perasaan marahnya. Kalau dijawab bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Ini bukanlah mengalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri sukar untuk memahaminya.
Berjanji
Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua bertanya ; “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?” Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawab. Bahkan baginda menyuruh ke semua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri saudara? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaannya kerana mengetahui suaminya lebih sayang kepada isteri yang lain.

Berbalik kita kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu isteri-isterinya yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan, Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.
Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata ; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberikan cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Berleter
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter. Suami yang bijak akan berdiam diri dan tidak menjawab leteran isteri. Ini buka bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah ditunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disiram embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayanng, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya
Sabda Rasulullah yang bermaksud ; “Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memilki separuh dari agamanya.”

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud ; “Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”

Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan mebahagiakan seluruh isi alam.

Friday, August 15, 2008

Terkenang Di Masa Dulu....1

Dah lebih seminggu buka blog cuma utk baca blog org lain. Asyik buka new post tp terkaku utk menaip sebaris ayat pun. Xde idea lgsg. Jeles tgk kwn2 begitu byk menulis mahupun berkongsi maklumat di blog mereka. Tp sy.....

Jd nk bg nmpk sedikit sebanyak blog ni turut bergerak biarpun tidak seaktif mana, sy mengimbau la kenangan dulu2...
Program Team Building di Taman Pertanian IM, Ktn


Yang mana satu anda..(jika ada dlm gmbr ni)

Atas tu gmbr masa lepas jungle tracking kat Taman Pertanian IM, tahun 2004 rasanya. Semua staf kolej wajib hadir ke kem ini. Kami berkampung 3 hari 2 mlm di sana. Bertolak dari Pekan petang jumaat.Selepas mendaftar, kami ditempatkan di khemah yg disediakan di taman tersebut. Sy beserta 5 lagi kawan rapat ditempatkan di khemah betul2 di tgh2 kumpulan khemah di situ (dr pandangan kami, khemah kami plg besar dan kedudukan plg strategik dr sudut keselamatan kononya..hehehehhe).

Malam pertama kami hanya mendengar taklimat dan di minta mencari ahli kumpulan seramai 10 org setiap kumpulan. Selesai mkn mlm kami beransur ke khemah masing2 utk berehat sbb awal2 pg esoknya perlu bgn.

Selepas subuh, kami semua diminta berhimpun utk sama2 bersenam termasuk berlatih berkawad. Sebenarnya kumpulam kami yg di atas tu di ketuai oleh Abg Atan (arwah) sebagai komander yg akan mengajar kami berkawad. Yg bestnya berkomanderkan Abg Atan ni, setengah jam pertama jer kami bersunggunh berkawad, yg lain duk bergurau senda dan gelak ketawa jer. Sedangkan kumpulan lain bersungguh2 berlatih...

Selepas sarapan, kami mulakan aktiviti pertama mengikut kumpulan yg dikumpul sebelumnya. Byk dah lupa sebenarnya keseluruhan aktiviti. Antara yg diingati adalah melintasi sungai asid dengan menggunakan hanya 2 keping papan tetapi perlu keseluruhan ahli menyeberangi secara bersama. Maka bersimpang siur la kami merapatkan diri utk meletakkan kaki masing2 diatas 2 keping papan. Bayangkan 8 org akn berusaha utk x jatuh dr papan2 tu...Dahtu ada plak pemerhati yg akan suruh kita ulang semula dr awal jika ternmpk mana2 kaki terjerlus dlm sungai asid yg cuba diimaginasikan kami bersama.Bukan dekat, hampir 5 meter jugak...Maka x hairan la ada yg mendukung kawan di atas bahu, suruh naik atas lengan, kendong belakang. Kalau kurus leh la buat gitukan...tp kalau bdn x sesedap pandang... masak jugak nk kendong..

Selepas itu kami perlu menyeberangi gelung tayar. Dah ler kedudukan tayar tu tinggi, saiz tayar plak comel semacam, jd bg mereka yg slim dan ringan, xde masalah kwn2 nk angkat dan hulur utk seberang tayar tu tp kalau sebaliknya....hehehehehe...Kadang2 hal2 begini x susah sgt nk buat tp bila apa yg dibuat asyik duk gelak x henti2, yg senang pun lmbt nk siap kan...Pastu kami perlu buat flying fox (ntah betul x ejaannya).Ada beberapa lg aktiviti dilakukan sehingga menjelang tgh hari tp dah lupa.

Sebelah petang kumpulan kami perlu jungle tracking pula.Maka byk aktiviti yg tentunya lasak kami lalui lg.Antaranya kami perlu seberang sg dengan meniti sebatang balak kecil, menyeberangi anak air melaui gelung tayar2 yg disusun, bergayut di atas tali, menyusur cerun dgn bantuan seutas tali, merentasi laluan selut, masuk terowong...dan macam2 lg lah.
Masa ni juga berlaku beberapa insiden yg x dpt dilupakan. Yuhanis tertinggal kasut di dalam lumpur. Pencarian dibuat tp x berjaya.Mujur ada superhero yg bantu dgn pinjamkan kasut beliau. Dengar citer superhero tu ada lg kat KSP. Hehehehe.. Lucunya Anas Tajudin yg nk seberangi laluan melalui terowong. Ada ker dia masuk terowong utk perempuan, dah tersangkut bahu dan bahagian berikutnya...Dan bg Shikin (Mok Kin) pastinya meninggalkn kesan amat mendalam semasa jungle tracking tu kan..Sian ke mu Kin.. Hasilnya rupa paras masing2 mcm kat gmbr atas tu la.Tp terserlah kepuasan di wajah masing2..seronoknya..

Lewat ptg tu kami di beri tugasan mengikut kumpulan utk menyediakan persembahan utk malamnya. Kumpulan kami membuat persembahan tarian termasuk penggunaan alat muzik yg dicipta sendiri. Ada yg ketuk buluh, ada yg goncang botol berisi pasir, ketuk pasu diikuti mereka yg menari. Byk sketsa dibuat.Ada drama, nyanyian, main muzik dan lawak jenaka. Teringat Mc Zue dan Syida yg duk ber syubidobidoo syubidooo..syubidooo2...kat tepi kumpulan dia yg duk berlakon...hehehheeh...comel jer Mc Zue n Syida duk tersenyum serba x kena masa tu.. Ceh!! sedap kata dan gelak kat org...

Malamnya nk tido, khemah kami yg ditengah2 tu dilawati seekor ular.Cemana la khemah tgh2 ular tu lebih suka melawat (kononnya fikir plg selamat!).Maka mlm tu kami angkut brg2 utk tido dlm surau...Kipas ada...he he he...

Sebelah pg hari terakhir, aktiviti cuma di dlm dewan terbuka sahaja.Tp ckp menarik. Menjelang tengah hari selepas mkn tengah hari, kami bertolak pulang ke Pekan. Pulang dgn penuh kepuasan biarpun letih penat tak tertahan... Dah lama takde program macam tu kan. Tanya jer...sebab dah tak larat kalau nk sertai rasanya...heheheehhe...

Tuesday, August 5, 2008

Kucing

Awang
Saya pun nk juga citer pasal kucing (nak jugak...).Kat atas tu namanya Awang atau Kuncup. Dulu Awang ni diambil oleh abangku dr rumah kawannya pada awal thn 2000. Ambil 2 beradik dr 4 beradik. Seekor bulunya sgt kembang termasuk bentuk mukanya, sbb tu dipanggil Kembang manakala seekor lg (diatas) dipanggil Kuncup sbb bulunya x brape kembang, mukanya pun ala2 bujur sirih gitu..Tp ayahku yg mmg sgt sayangkn kucing, pggl Awang jer dua2..Katanya panggilan awang adalah utk anak lelaki kesygn oleh org utara.

Kenakalan dan kemanjaan awang terserlah sedari kecik lg. Mmg jd kesukaan semua org kat rumah tu la nak bermain dgn awang2 ni. Jiran2 pun kalau dtg mesti nk ambil bwk blk. Dan tentunya bila tgk jiran2 dah mengepit mana2 awang kami xkan lepas memandang sbb tentu akan lesap didukung bwk blk.Permintaan utk hendakkan awang pun tinggi gak.Dlm keluargaku ayah dan adik bradik lelaki lebih sukakan kucing. Yg perempuan bkn x suka, tp sbb terlalu manja kami slalu 'diganggu' terutama masa nk masak,lipat kain atau buat keja lain. Awang2 ni suka sgt main dkt kaki, kalau tak kita yg nak tersungkur, dia yg akan terpijak.

Pantang ayah sy memanggil atau melaung pgglan "awang......awang...." maka mencanat (mencicit) la mereka berlari kearah suara ayahku. Jd bila nk mkn, pggl je.Walau dimana jua berada, akan dgr la mereka berlari.Kalau tgh bermain atas atap, gegak gempita la jap bunyi atap rumah dek larian mereka.Pernah sekali tu, berlaku didpn mata sy sndiri, awng2 ni duk bermain sembunyi2 kt pokok bunga dpn rumah,tetiba dgr suara ayah sy pggl "awang.... awang...". Apa lagi mencicit lari dgn lajunya menuju kebelakang rumah.Malangnya, mgkn x sempat corner dgn tepat, seekor drnya terlanggar tiang.Tumbang! Cpt2 bgn...Dlm keadaan pening2 lalat,msh berusaha nak lari lg tp ke tgh ketepi jer...Bila agak dah stabil, pecutan bermula kembali.... Ya Allah.... Hebatnya pgglan ayahku pd mereka!

Kucing dkt rmh saya ni sebenarnya bersaiz agak besar dan tinggi. Ramai org yg dtg ke rumah akan terkejut tgk bntk badannya. Pernah kawan sy (Bazliah Yunus) dtg ke rumah. Masa nk ke bilik air, perlu lalui dapur, tetiba terdgr dia menjerit. Sy terus ke dapur dan bertanya kenapa. Dia tanya sy.."tu anak rimau ker, anak kucing? nape besar sgt..."

Kucing2 ni suka sgt kalau kita letak tapak kaki kat perut dia. Pastu golek2 kaki tu. Mmg dia suka la. Kalau kita duduk kat kerusi mkn pun mula la duk sendeng kaki kita. Letak tapak kaki kat perut dia, terus baring.Tau la tu org nak gurau dgn dia. Kucing2 ni jugak pantang tgk org bersila atau baring. Mesti dia rasa cam org stanby tempat duduk kt depa jer. Terus naik dan duduk.Satu lg minat kucing ni suka sgt nk kacau org buat keja. Kalau kita nk lipat kain. Bila kita kibar kain, dia sibuk nk berpuntau atas/bwh kain tu.Bila marah, dia bhenti jap, pastu puntau lg, marah dia akan stop, xpun dia naik duk atas kain yg dah lipat, kalau dah letih marah pun, dia dpt letak tangan sebelah atas kain yg dilipat pun jadi lah...awang awang...

Eratnya hubungan ayah sy dgn kucing2nya...kucing2 dia slalu temankan ayah sy pergi kebun. Ayah sy buat keja, depa duk main atau tunggu tgk ayah sy berkebun.Agak2 dah boring atau panas, mereka mengiau,ajak blk.Dan tentunya nmpk la mengekor bercatwalk belakang ayah sy yg duk tolak keta sorong blk ke rumah.Kadang2 ada jgk walaupun x berapa lama kat kebun, tp kucing2 tu mengiau lain macam, ayah sy blk je ke rumah. Mana la tau tu tanda tak baik.Kalau ayah sy x pergi bersama kucing2 ni ke kebun, pasti nanti kucing2 sampai ke situ dan blk bersama2..Kalau ptg ayah sy ke kedai, pasti dah tggu atas jln, tggu ayah sy blk.

Jiran sy, ina mmg sukakan kucing. Tiap pg dia akan tggu jiran kami yg lain jmpt dia utk pergi keja,dpn rumah sy. Sementara menanti kereta, dia suka sgt main2 dan cium awang berdua ni.Pastinya tiap pg kucing2 ni akan tggu ina dpn rumah.Bila ina pergi, br kucing2 ni akan buat axtiviti sendiri. Camtu jugak bila blk keja,pasti awng2 ni dah tggu dpn rumah.Tggu ina blk.Lepas belai2 kejap, br ina akan blk ke rumah dia...Awang suka jer, ye la awek cun belai dia.Kalau kucing2 ni xde, mesti ina sedih sbb awang x tggu dia blk.Sibuk la dia pggl smpi awang dtg.

Hari raya atau hari cuti, rumah kami akan ramai dgn adik bradik dan anak2 sedara ( >20 org). Suasana yg ramai dan bising (tentunya akan bermain dgn kucing ni) menyebabkan kucing ni membawa diri. Agak2 lapar baru blk rumah, lps tu keluar smula..Bila semua blk ke rumah msg2, br nmpk kucing2 ni duk di rumah. Kucing ni suka jugak tunjuk jaguh kt kg tu. Kdg2 blk dgn kaki/peha terkoyak (darah menitik2), telinga rabit(terkoyak), muka calar balar dan mcm2 lg ler.Setakat kaki terhencut2 perkara rutin sgt dah....Pernah sekali kuncup digilis motor adik sy(dua2 tayar naik atas bdn). Kuncup teragak2 nk pintas jln, adik plak tgh laju trn bukit, tetiba kuncup pintas.Maka berlaku perlanggaran.Menggelepar kuncup atas jln dgn hidung berdarah.Adik terus cempung kuncup naik motor dan bawa blk rumah.Tak tau la adik bubuh ubat atau jampi kuncup.Kuncup baik.Itu kisah 4 thn lepas. Kini kuncup dah berusia 8 thn.

Sekarang ni kucing ni dah beranak pinak.Kalau dulu jiran2 nak sgt bakanya, kini hmpr semua rumah ada kucing irasnya.Cuma saiz x sebesar dia sbb kacuk dgn kucing kampung atau parsi yg rendang saiznya.

Selepas ayah sy meninggal, kembang dah jarang2 sgt ada kat rumah. Selps setgh tahun terus x blk rumah. Pernah jumpa di kwsn lain, pggl awang, dia toleh dan dtg, tp separuh jln je.Terus berpatah blk tanpa menoleh lg...berpatah arang terus dgn kami nampaknya. Pernah adik sy ke kubur ayah, hmpr abis membaca surah yassin, dtg awang. Duduk kat tepi kubur sampai adik abis baca yassin.Adik akan bawa awang blk naik motor ke rumah. Sebenarnya tiap kali nk ke kebun ayah sy, perlu lalui kwsn kubur tersebut. Mgkn itu jd kwsn laluan biasa bg awang selama ni.Maka x hairan la awang boleh smpi ke kubur ayah sy tanpa perlu mengikut org.

Kini awang/kuncup dah mkn tua.Dah 8 thn (thn masihi- dgr citer usia kucing lebih tua). Makin x sihat keadaannya. Dah kurus sgt..Makan pun dah x berselera.Dulu ada jugak org gaulkan nasi dgn ikan grg/rebus dgn kicap (mknn kegemaran), tp ler ni sbb xde org kat rumah (keja), siapkan makanan segera kucing je la.. Sian awang...